Lambakan ‘import’ antara punca Malaysia hilang emas

Lambakan ‘import’ antara punca Malaysia hilang emas

HANNAH Yeoh menjawab soalan media dalam sidang akhbar ketika merangkumkan prestasi kontinjen Malaysia pada Sukan SEA Kemboja di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tuan rumah menggunakan atlet natura­lisasi, kebergantungan kepada atlet senior, isu dalaman dan silap strategi antara punca kontinjen negara hilang 12 pingat emas dalam Sukan SEA Kemboja.

Pengarah Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin berkata, 12 emas itu membabitkan renang, badminton, basikal bukit, hoki dalam dewan, kriket, judo, jujitsu, kun khmer dan sepak takraw.

“Bagi kriket dan judo atlet kita berada pada tahap terbaik, namun tuan rumah menggunakan ramai naturalisasi. Kriket misalnya kita ranking pertama dan hanya perlu waspada de­ngan Thailand tetapi kita tidak dapat maklumat tuan rumah menggunakan atlet naturalisasi.

“Ia menjejaskan peluang kita, sedangkan tuan rumah menggunakan pemain yang bagus (berkualiti) dari Pakistan dan India.

“Memang dibenarkan penggunaan atlet naturalisasi dalam Sukan SEA tapi kalau dapat maklumat awal, mungkin kita mampu rangka strategi lebih baik,” katanya.

KEMBOJA membawa masuk 13 pemain ‘import’ dari India dan Pakistan pada saat akhir menyebabkan Malaysia hilang dua emas yang disasarkan menerusi kriket. – IHSAN MEDIA SOSIAL

Persatuan Kriket Malaysia sebelum ini menyelar Kemboja kerana menyenaraikan 13 ‘import’, malah mempersoalkan tindakan mereka hanya membawa masuk pemain-pemain itu pada 23 April.

Tambah Jefri, renang antara sukan yang mengecewakan apabila hanya meraih sebutir emas menerusi Khiew Hoe Yean yang mempertahankan gelaran 200 meter gaya bebas lelaki.

“Renang kita letak sasaran tiga emas tetapi hanya raih satu disebabkan kita terlampau bergantung kepada atlet senior yang sudah beraksi di tiga hingga empat Sukan SEA. Sebagai contoh Phee Jinq En sudah lima kali berturut-turut mengambil bahagian di temasya ini.

“Kita harus dedahkan ramai atlet baharu yang mampu memberi harapan,” katanya.

Khiew Hoe Yean pemenang pingat emas tunggal Malaysia di Phnom Penh.

Bagi badminton, jurang ­ranking pemain negara de­ngan Indonesia sangat jauh.

“Kita cuba buktikan bakat baharu yang diketengahkan mampu bersaing dan bagi acara individu ada pemain kita yang dapat mengejutkan Indonesia,” katanya.

Sementara itu kata Jefri, isu gangguan seksual yang melibatkan pasukan berbasikal bukit turut memberi kesan kepada skuad negara.

Pasukan campuran negara yang meraih emas merentas desa di Hanoi tahun lalu gagal mempertahankan kejuaraan.

Mengulas mengenai, emas hoki dalam dewan lelaki yang terlepas ke tangan Indonesia, ia berpunca daripada kelemahan pertahanan sama seperti peristiwa final Sukan Asia 2018 ketika hoki negara tumpas kepada Jepun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya