Kontroversi menyelubungi Kelantan FC bukan masalah Kedah

Kontroversi menyelubungi Kelantan FC bukan masalah Kedah

PASUKAN Kedah melakukan persiapan menjelang pertemuan menentang Kelantan FC dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam ini. - IHSAN KDA FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Nafuzi Zain tidak melihat isu yang melanda Kelantan FC sebagai petanda pasukan dari Pantai Timur itu mampu dijinakkan dengan mudah apabila The Red Warriors bertandang ke Stadium Darul Aman, malam ini.

Ketua Jurulatih Kedah Darul Aman (KDA) itu menegaskan, beliau tidak mengambil pusing apa yang berlaku kepada lawan kerana Sang Kenari hanya mahu memberi tumpuan terhadap persiapan sendiri.

Jurulatih Terbaik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2022 itu berkata, fokus utama pasukannya adalah mengelak daripada keciciran mata agar terus memberi saingan dalam kelompok teratas Liga Super.

“Setelah hampir tiga minggu berehat, maka tiga perlawanan pertama selepas ini amat penting buat kami mencari momentum kemenangan.

“Dalam perlawanan terakhir Liga Super kira-kira tiga minggu lalu, kami mencatat kemena­ngan ke atas Negeri Sembilan dan sudah tentu, rentak itu mahu diteruskan.

“Bagi saya, kita tak perlu fokus kepada siapa yang akan kita lawan sebaliknya apa yang lebih penting, kita harus beri tumpuan kepada persediaan sendiri.

“Sebelum ini pun bukannya kami tak pernah tewas dengan pasukan yang berada di tangga lebih bawah dalam liga.

“Maka, semua itu perlu dijadikan pengajaran dan kami tidak pernah memandang rendah sesiapa pun lawan yang bakal dihadapi,” katanya.

Ujar Nafuzi, beliau yakin kemampuan anak-anak buahnya namun pada masa sama menuntut mereka agar kekal konsisten sepanjang 90 minit permainan.

“Kekalahan 5-2 dalam perlawanan persahabatan minggu lalu tidak membawa apa-apa makna kerana itu hanyalah persediaan buat kami sebelum mengharungi aksi sebenar.

“Kalah dalam perlawanan persahabatan tidak bermakna kita akan kalah dalam perlawanan sebenar.

“Kami ada objektif lain mahu dicapai dalam perlawanan persahabatan itu selain daripada meraih kemenangan.

“Kini sudah tiba masanya pemain-pemain menghadapi perlawanan Liga Super dan ini sebenarnya yang menjadi tumpuan kami untuk benar-benar mencari kemenangan,” katanya.

Kata Nafuzi, beliau akan ­melakukan beberapa perubahan bertemu Kelantan bergantung kepada strategi yang dimahukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.