Kelantan FC potong gaji 50 peratus?

Kelantan FC potong gaji 50 peratus?

KELANTAN FC masih belum dilepaskan kes sepenuhnya dengan FIFA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain-pemain Kelantan FC berdepan tekanan untuk mendapatkan gaji penuh apabila perlu meraih kemenangan terlebih dahulu dalam dua aksi seterusnya.

Syarat itu diletakkan pemilik The Red Warriors (TRW), Norizam Tukiman yang menjelaskan prestasi buruk pasukan memaksa pemotongan gaji 50 peratus dilakukan.

Kata Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham, pasukan tidak mempunyai masalah untuk ‘memulangkan’ 50 peratus gaji yang disekat jika TRW memenangi dua aksi berikutnya.

“10 kali dah kalah..1 menang dan 1 seri..no 13 dari 14..Nak petunjuk prestasi utama (KPI) penuh? Nak gaji penuh? Boleh, sila berikan kemenangan dua lawan seterusnya dan 50 peratus yang ditahan akan dapat penuh.

“Anda ada komitmen saya juga ada komitmen. Berikan saya prestasi. Pekerja baik kita kekalkan, prestasi buruk kita buang. Dalam saham dipanggil cut loss atau tukar kepada lain yang lebih baik,” katanya.

NORIZAM TUKIMAN

Dua aksi seterusnya buat Kelantan FC adalah berdepan Kedah Darul Aman di Alor ­Setar sebelum melayan kunjungan PDRM FC di laman sendiri.

Dalam pada itu, Norizam turut mengesahkan pasukan tersebut tidak berdepan sekatan perpindahan dan boleh mengambil pemain baharu pada jendela perpindahan kedua, ­Julai ini.

“TRW dah tiga tahun reputasi tiada transfer band (sekatan perpindahan) dan so far tiada lagi sekatan ambil pemain di pemindahan kedua.

“Kalau ada hanyalah kes Fadel Antar yang sedang dilawan dan diselesaikan di Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

“Lawyer (peguam) TRW sedang buat kerja untuk kebenaran memihak Kelantan FC. Insya-Allah tiada sekatan untuk ambil pemain baharu,”ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN