Kekurangan dana kelemahan terbesar renang

Kekurangan dana kelemahan terbesar renang

KHIEW Hoe Yean beraksi dalam 200 meter gaya bebas lelaki yang membutirkan emas di Phnom Penh. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sejak awal penyertaan renang negara dalam ­Sukan SEA, harapan emas ha­nya disandarkan kepada satu hingga tiga perenang sahaja.

Buktinya, pencapaian terbanyak emas yang diperolehi negara iaitu 10 emas pada temasya 1989 di Kuala Lumpur menyaksikan dengan legenda renang negara, Nurul Huda Abdullah menyumbang lapan emas, manakala dua menerusi Jeffrey Ong.

Kali terakhir renang me­raih emas terbanyak adalah di Laos 2009 dan kali ini Daniel Bego menggondol lima emas, manakala tiga menerusi Siow Yi Ting dan satu Khoo Cai Lin.

PERENANG sehebat Nurul Huda Abdullah sukar dilahirkan.

Begitupun pencapaian dua edisi temasya di Hanoi 2021 dan Kemboja 2023 menjadi pencapaian terburuk Malaysia dengan hanya mampu membawa satu emas menerusi perenang sama, Khiew Hoe Yean dalam 200 meter gaya bebas lelaki.

Cai Lin yang berjaya mengumpul lima emas sepanjang Sukan SEA, mengakui penurunan kutipan pingat emas bermula sejak dia masih bergelar perenang, malah jurang dengan Singapura yang merupakan ‘jaguh Asia Tenggara’ amat jauh.

Jelasnya, daripada segi pelaburan dana dan sokongan diterima perenang Singapura berbanding Malaysia juga amat ketara, dan itu salah satu faktor mengapa berlakunya kemerosotan prestasi skuad negara.

“Daripada zaman saya lagi sudah nampak penurunan bukan ketika ini sahaja tetapi apa yang saya lihat semangat atlet bertanding untuk meraih emas sedikit kurang.

“Jika bandingkan dengan Singapura memang ada jurang. Mereka ada program lebih tersusun dan jumlah atlet ramai berbanding Malaysia.

“Di Singapura kalau anak in­gin menyertai akademi renang, ibu bapa mereka perlu daripada golongan berpengaruh atau memiliki syarikat dan perniagaan.

“Ini kerana bila ada duit mereka mampu biayai kos latihan dan sebagainya kerana sukan ini kosnya tak murah,” katanya kepada Utusan Malaysia.

KHIEW Hoe Yean pemenang pingat emas tunggal Malaysia di Phnom Penh.

Bekas perenang negara, Kevin Yeap menyifatkan semua 12 perenang yang bertanding di Kemboja memberi yang terbaik.

“Secara keseluruhan saya rasa semua perenang telah memberi aksi terbaik dan kebanyakan daripada mereka membuat penampilan kali pertama di Sukan SEA.

“Kita memiliki tiga perenang berpotensi iaitu Phee Jinq En dan Hoe Yean. Mungkin persatuan negeri perlu memberi kerjasama lebih untuk membantu melahirkan lebih ramai perenang berpotensi buat negara,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya