KBS pertimbang Dodgeball untuk dimasukkan ke Sukan SEA 2027

KBS pertimbang hasrat Dodgeball untuk dimasukkan ke Sukan SEA 2027

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli (tengah) merasmikan Majlis Pembukaan Kejohanan Jemputana Dodgeball Asia Pasifik 2023 yang berlangsung di Stadium Panasonic, Shah Alam semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KBS pertimbang hasrat Dodgeball untuk dimasukkan ke Sukan SEA 2027

PETALING JAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak menolak akan memasukkan sukan-sukan yang dirasakan berpeluang menjadi penyumbang pingat emas buat kontinjen negara apabila Malaysia bakal menjadi tuan rumah Sukan SEA 2027.

Dodgeball adalah antara salah satu sukan yang cuba untuk meletakkan diri mereka menjadi sebahagian daripada temasya sukan dwitahunan itu memandangkan Malaysia mempunyai pencapaian yang membanggakan di pentas antarabangsa apabila skuad lelaki berjaya meraih pingat emas ketika Kejohanan Dodgeball Dunia di Edmonton, Kanada tahun lalu, selain turut sama meraih pingat perak bagi acara berpasukan campuran.

Timbalan Menteri, Adam Adli menjelaskan perkara ini harus diteliti terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dapat dimuktamadkan memandangkan Persekutuan Sukan SEA (SEGAF) telah membuat ketetapan baharu membabitkan penyenaraian sukan bermula Sukan SEA Thailand 2025.

Berdasarkan ketetapan baharu, acara sukan di temasya sukan dwitahunan itu akan dibahagikan kepada tiga tahap kumpulan dengan kumpulan satu terdiri daripada sukan berprestasi tinggi iaitu (olahraga, renang), kumpulan dua (sukan Olimpik lain) dan maksimum hanya dua sukan tradisi dibenarkan dalam kumpulan tiga.

“Itu bergantung kepada situasi, bagi saya, Sukan SEA punya konteks, dia ada kerumitan sedikit, untuk tuan rumah dia ada hak untuk menganjurkan mana-mana sukan yang dia rasa perlu, tetapi kita juga dalam situasi untuk cuba mempertingkatkan prestasi kita dalam sukan-sukan utama, tetapi ini tidak bermakna dodgeball tidak mahu dibawa masuk, tetapi ia harus bersemangat Asean, kita perlu lihat dahulu negara-negara lain bersetuju dan sebagainya, barulah kita boleh masukkan sukan-sukan ini.

“Macam yang Datuk Radha Krishnan (Presiden Persatuan Dodgeball Malaysia) katakan sukan ini semakin meningkat dan mungkin akan dipertandingkan di Sukan Komanwel, kita akan lihat jika ada sambutan lebih baik dan ada posisi untuk masukkan sukan dodgeball, jadi mengapa tidak?

“Untuk peringkat SUKMA kita belum bincangkan lagi, kita kena tanya pihak tuan rumah dahulu,” tambah Adam,” jelas Adam yang ditemui pemberita ketika Majlis Pembukaan Kejohanan Jemputan Dodgeball Asia Pasifik di Stadium Panasonic, Shah Alam hari ini.

Ini kali pertama Malaysia dipilih menjadi tuan rumah kejohanan antarabangsa ini yang berjaya menghimpunkan 140 pasukan daripada 20 negara.

Kejohanan ini sepatutnya diadakan pada 2020 namun tertangguh selama tiga tahun kerana penularan wabak covid-19 yang melanda negara sebelum ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.