Josue mahu pikat Pan Gon

Josue mahu pikat Pan Gon

PAULO Josue berharap namanya berada dalam skuad ke Piala Asia 2023. - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kapten Kuala Lumpur City FC (KL City FC), Paulo Josue berharap namanya akan tersenarai dalam barisan skuad Harimau Malaya ke Piala Asia 2023 pada Januari tahun hadapan.

Josue yang merupakan pemain naturalisasi negara tidak mahu membazirkan masa yang ada dan berazam untuk membuktikan kemampuannya di peringkat kelab untuk memikat barisan kejurulatihan.

Pemain kelahiran Brazil yang melakukan debutnya bersama Harimau Malaya ketika menentang Turkmenistan pada 23 Mac lalu itu menganggap Malaysia mempunyai peluang biarpun diundi dalam kumpulan sukar.

“Ia sememangnya kumpulan yang sukar kerana Piala Asia menampilkan semua skuad kebangsaan yang terbaik. Saya berharap Malaysia dapat lakukan persiapan yang baik menje­lang aksi di Piala Asia nanti.

“Tidak ada yang perlu dirisaukan kerana perlawanan melibatkan 11 lawan 11 pemain dan Harimau Malaya mempunyai tiga perlawanan untuk layak ke peringkat seterusnya.

“Saya akan menyokong sama ada sebagai pemain jika saya terpilih atau menjadi penyokong sekiranya tidak terpilih dan menyokong mereka untuk melihat pasukan kebangsaan beraksi baik dan layak ke pusingan 16 terbaik.

“Peluang untuk saya terpilih akan sentiasa ada selagi saya bermain baik di KL City. Apa yang penting sekarang adalah membantu kelab ini mendapat keputusan yang baik dalam saingan liga.

“Selagi segala-galanya baik di sini (peringkat kelab) peluang saya akan bertambah baik untuk menarik perhatian Kim Pan Gon dalam skuad kebangsaan,” katanya selepas sesi latihan skuad KL City FC.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.