Harimau Malaya sasar kutip mata di Qatar

Harimau Malaya sasar kutip mata di Qatar

HARIMAU Malaya
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Diletak bersama tiga pasukan kuat dan memiliki ranking baik, berjaya mencuri mata daripada salah satu perlawanan Piala Asia 2023 dianggap pencapaian membanggakan.

Harimau Malaya diundi dalam Kumpulan E bersama pasukan ranking ke-27 dunia yang juga juara dua kali, Korea Selatan, selain Jordan yang berada di kedudukan 84 dunia dan Bahrain (85).

Pasukan negara yang kali terakhir beraksi dalam Piala Asia ketika Malaysia menjadi tuan rumah 2007 turun sebagai negara paling rendah di peringkat kumpulan dengan kedudukan ke-138 dunia.

Presiden Persatuan Bola­sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin me­ngakui, dapat mengutip mata sudah satu kejayaan bermakna, dan jika layak ke peringkat kalah mati ia dianggap bonus.

“Kalau kita lihat undian Piala Asia bertemu Jordan, Bahrain dan Korea Selatan, harapan saya dan FAM sekurang-kurangnya bawa pulang mata kerana kita sudah lama tidak beraksi dalam kejohanan ini.

“Kita perlu berhati-hati kerana pasukan yang ada adalah yang terbaik di Asia.

HAMIDIN Mohd. Amin melayani Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang hadir dalam majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri FAM/MFL semalam.

“Korea Selatan bukan sahaja terbaik di Asia tetapi sudah sampai standard Piala Dunia bersama Jepun, Iran dan ­Australia.

“Kita memiliki persiapan yang cantik dari Jun hingga ­Januari dengan melalui beberapa perlawanan persahabatan, Pesta Bola Merdeka, kelayakan (Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027) November ini serta dua aksi persahabatan Januari ini,” katanya pada majlis Hari Raya Aidilfitri

FAM-MFL (Liga Bola Sepak Malaysia) dan AFL (Liga Bola Sepak Amatur) di sini, semalam.

Kali terakhir Malaysia layak beraksi secara merit dalam Piala Asia adalah di Kuwait 1980 dan penampilan sulung mereka pula di Iran 1976. Pasukan negara gagal melepasi peringkat kumpulan dalam semua tiga kejohanan sebelum ini.

Malaysia akan membuka kempen dengan menentang Jordan di Qatar, Doha pada 15 Januari, diikuti Bahrain pada 20 Januari dan Korea Selatan, lima hari kemudian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya