FAM dan QFA jalin kerjasama selama lima tahun

FAM dan QFA jalin kerjasama selama lima tahun

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin (kiri) menandatangani MoU dengan Persatuan Bolasepak Qatar (QFA).-IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bolasepak Qatar (QFA) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) yang bertujuan mempergiat kerjasama bola sepak dan mengeratkan hubungan dua negara.

MoU berkenaan berlangsung di Doha, Qatar di antara Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin bersama Presiden QFA, Sheikh Hamad Khalifa Ahmed Al Thani di pejabatnya di Al-Bidda Tower, Doha, Rabu.

MoU selama setahun ini akan diperbaharui secara automatik setiap setahun dengan tempoh perjanjian tidak lebih lima tahun. Ia meliputi kerjasama dalam enam bidang iaitu pendidikan kejurulatihan, pembangunan pengadil, bola sepak wanita, perlawanan persahabatan, kem untuk pasukan kebangsaan belia, struktur dan operasi perlawanan belia serta pembangunan futsal.

Sebagai permulaan, skuad Bawah 17 tahun negara (B-17) telah menjalani kem latihan di Akademi Aspire Qatar dan enam perlawanan persahabatan baru-baru ini sebagai persediaan untuk mengharungi aksi Piala Asia B-17 2023 yang bakal berlangsung di Thailand, bulan depan.

“Akademi Aspire ini sememangnya mempunyai kelengkapan latihan, perubatan dan kemudahan moden yang lengkap dan terkini. Sudah tentu kerjasama ini bakal memberi manfaat kepada pembangunan bola sepak kita,” jelas Hamidin.

Tambahnya, dalam perjanjian ini kedua-dua pihak bersetuju bekerjasama dalam membina hubungan yang erat antara persatuan masing-masing demi manfaat bersama juga promosi, pertumbuhan dan kejayaan bola sepak antara dua negara.

“Ini juga bagi melindungi nilai dan tradisi sukan ini memandangkan bola sepak bukan sahaja untuk aktiviti ekonomi, tetapi ia juga instrumen sosial dalam persefahaman antarabangsa,” kata Hamdin.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Setiausaha Agung QFA, Mansour al-Ansari dan Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman.

Dalam masa sama, Hamidin turut menghadiri Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Pengelola Piala Asia 2023 dan Mesyuarat Jawatankuasa Exco AFC yang diadakan di Doha.

SETIAUSAHA Agung FAM, Noor Azman Rahman (kiri) turut hadir pada MoU berkenaan.

Mesyuarat berkenaan turut dihadiri Presiden FIFA, Gianni Infantino.

Pada petang ini, skuad Harimau Malaya akan mengetahui kedudukan kumpulan selepas undian Piala Asia 2023 yang diadakan di Doha.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.