LONDON: Perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris musim ini yang berlangsung pada awal pagi tadi berakhir dengan dengan cukup dramatik, khususnya membabitkan pasukan seperti Everton yang berjaya menyelamatkan diri mereka daripada tersingkir musim hadapan.
Dengan kesemua 20 pasukan beraksi serentak untuk perlawanan terakhir musim ini awal pagi tadi, sebanyak 33 gol berhasilkan.
Malang buat Leicester apabila tetap tersingkir ke saingan bawahan musim depan biarpun mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas West Ham United.
Leicester pada awalnya masih mempunyai talian memandangkan mereka mendahului di pada separuh masa pertama dalam aksi yang berlangsung di Stadium King Power, sementara Everton pada ketika itu masih seri tanpa jaringan dengan Bournemouth.
Bagaimanapun Everton yang terdesak berjaya melakar kemenangan dramatik apabila gol tunggal Abdoulaye Doucoure pada minit ke 57 ke atas Bournemouth berjaya memastikan skuad Toffees akan terus beraksi buat kali ketujuh puluh berturut-turut dalam saingan bola sepak tertinggi di England.

Everton mengakhiri saingan ini di tangga ketujuh belas dengan 36 mata, sementara Leicester pula satu tangga di bawah pasukan itu dengan mengumpul 34 mata.
Nasib sama turut menimpa Leeds United selepas dibelasah Tottenham Hotspurs dengan keputusan 1-4, menyertai Southampton yang dari awal mejadi pasukan pertama tersingkir apabila menghuni kedudukan tercorot dalam liga apabila hanya mampu mencatatkan enam kemenangan sahaja daripada 38 perlawanan.
Aston Villa pula memastikan mereka mengakhiri saingan pada musim ini dengan menghuni tangga ketujuh liga selepas menewaskan Brighton & Hove Albion dengan keputusan 2-1. Kemenangan ini memastikan pasukan kendalian Unai Emery akan beraksi dalam Kelayakan Liga Konferensi Europa pada musim hadapan.
Keputusan penuh:
Arsenal 5-0 Wolves
Aston Villa 2-1 Brighton
Brentford 1-0 Man City
Chelsea 1-1 Newcastle
Crystal Palace 1-1 Nottingham Forest
Everton 1-0 Bournemouth
Leeds 1-4 Tottenham
Leicester 2-1 West Ham
Man Utd 2-1 Fulham
Southampton 4-4 Liverpool