Emas hadiah ulang tahun ibu – Syakirah

Emas hadiah ulang tahun ibu – Syakirah

AKSI Norsyakirah Muksin meraikan kejayaan menumpaskan peserta Indonesia, Suci Wulandari dalam pertarungan akhir tarung bawah 45 kilogram Sukan SEA 2023 di Phnom Penh semalam. – UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Malaysia berjaya menuai tiga pingat emas dari gelanggang silat dalam Sukan SEA 2023 semalam, dengan salah satunya hadir menerusi gadis genit dari Kota Marudu, Sabah, Norsyakirah Muksin.

Syakirah yang beraksi dalam tanding bawah 45 kilogram (kg) berjaya mematikan cabaran wakil Indonesia, Suci Wulandri dengan keputusan 36-33 dalam aksi perlawanan akhir yang berlangsung di Pusat Konvesyen Chroy Changvar, Phnom Penh.

Ia kejayaan penuh emosi buat Syakirah menghadiahkan pingat emas kepada ibu tercinta, Sarinah Abdul Sikal.

Muhammad Izzul Irfan Marzuki memenangi pingat emas bawah 65kg lelaki.

“Perjalanan karier saya dalam arena silat cukup panjang kerana pada awal remaja, saya menyertai sukan taekwondo tetapi ibu saya melarang minat saya dalam sukan tempur ini.

“Selepas itu, saya belajar silat senyap-senyap pada usia 15 tahun dan apabila saya berjaya menang pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 di Perak, baru ibu saya berlembut hati.

“Justeru, saya mahu dedikasikan pingat emas yang dimenangi kali ini buat ibu saya yang tercinta tambahan pula dia baru menyambut hari jadi yang ke-54 pada 5 Mei lepas,” katanya.

Nor Farah Mazlan muncul juara kategori bawah 50kg wanita.

Kecemerlangan atlet berusia 22 tahun itu melon­jakkan lagi semangat rakan sepasukan selepas Nor Farah Mazlan turut melakar kemenangan bergaya apabila menewaskan jaguh Singapura, Nadhrah Sahrin untuk kategori Tanding A 45kg-50kg.

Pesilat lelaki negara, Muhammad Izzul Irfan Marzuki turut meraih pingat emas selepas menewaskan seorang lagi wakil Indonesia, Kadek Andrey Nova Prayada dengan keputusan 39-33.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya