Ee Yi-Yew Sin, Pearly-Thinaah lepasi ranjau pusingan pertama

Ee Yi-Yew Sin, Pearly-Thinaah lepasi ranjau pusingan pertama

PASANGAN beregu lelaki negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi ketika menentang pasangan China, Ren Xian dan Tan Qiang pada Kejohanan Badminton Perodua Malaysia Masters 2023, di Stadium Axiata Arena, di sini hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Walaupun terpaksa berdepan jadual padat dan mengakui tidak cukup tidur, beregu profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi masih mampu mengekalkan momentum apabila menang ke atas gandingan No. 19 dunia, Ren Xiang Yu-Tan Qiang pada pusingan pertama Malaysia Masters 2023 di Axiata Arena Bukit Jalil, sebentar tadi.

Pasangan No. 8 dunia itu menundukkan pencabar dari China menerusi kemenangan straight set 21-16, 21-18 untuk meneruskan kemaraan ke pusingan kedua, Khamis ini.

“Kami baharu sahaja sampai dari China, semalam, tidur pun tak cukup, rehat pun tak cukup, tetapi bukan kita sahaja, banyak (pemain dari) negara lain pun sama.

“Dapat uji gelanggang pun sekali sahaja, tetapi itu bukan alasan,” kata Ee Yi ketika ditanya pemberita berhubung jadual padat yang terpaksa mereka harungi selepas pulang dari Piala Sudirman di Suzhou, China, semalam.

Mengulas mengenai kejayaan mereka menyingkirkan Xiang Yu-Tan Qiang, gandingan Ee Yi, Yew Sin pula berkata, persiapan untuk Malaysia Masters berjalan lancar dan percaturan mereka dalam pertemuan tadi menjadi.

Ketika ditanya pula mengenai kedudukan ranking yang turut membantu mereka untuk meneruskan kemaraan, Yew Sin mengakui hakikat tersebut kerana sekurang-kurangnya dapat mengelak bertemu dengan beregu yang berada dalam kelompok tujuh terbaik dunia.

“Saya akui memang ada sikit kelebihan tadi, sebab kita tak jumpa beregu yang berada dalam ranking tujuh terbaik dunia.

“Bagaimanapun, dalam saingan beregu, tiada lawan yang senang, lihat sahaja dalam Malaysia Masters ini, seawal pusingan pertama kita sudah jumpa beregu China,” ujar Yew Sin.

Menanti Ee Yi-Yew Sin di peringkat 16 terbaik ialah beregu Taiwan, Lu Ching Yao-Yang Po Han yang mereka kalahkan sewaktu aksi peringkat kumpulan Piala Sudirman.

Gandingan Taiwan yang menghuni ranking No. 14 dunia itu menundukkan Ruben Jille-Ties Van Der Lecq dari Belanda 21-17-21-15.

Sementara itu, dalam saingan beregu wanita, pasangan utama Malaysia, Pearly Tan-M. Thinaah berjaya membalas dendam ke atas pasangan adik beradik, Grabriela-Stefani Stoeva setelah mengalahkan gandingan Bulgaria itu 21-17, 21-14.

Pearly dan Thinaah pernah tewas kepada pasangan No. 14 dunia itu seawal pusingan pertama pada Terbuka Malaysia, awal tahun ini.

“Saya sangat gembira sebab pada pertemuan terakhir kami kalah kepada mereka, jadi, hari ini dapat menang balik, sangat puas hati,” kata Pearly.

Thinaah pula amat berharap, dia dan Pearly dapat terus meningkatkan prestasi, selain, mengekalkan momentum dalam permainan mereka.

Pada pusingan kedua, pasangan No. 11 dunia itu bakal berdepan beregu berpengalaman Jepun yang berada di kedudukan ke-21 dunia, Rina Miyaura-Ayako Sakuramoto.

Dalam satu lagi aksi membabitkan pasangan profesional negara, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien tewas kepada beregu Denmark, Maiken Fruergaard-Sara Thygesen 13-21, 18-21. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.