Dhabitah ke Olimpik 2024 sebagai isteri

Dhabitah ke Olimpik 2024 sebagai isteri

NUR Dhabitah Sabri (kanan) dan Jiggy Masin selamat diijab kabul dalam satu majlis tertutup, Jumaat lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Nur Dhabitah Sabri bakal memburu pingat ­Sukan Olimpik Paris 2024 sebagai seorang isteri selepas menamatkan zaman bujang de­ngan pelawak dan pelakon, Jiggy Masin, Jumaat lalu.

Nur Dhabitah, 23, yang merupakan anggota penting projek Road to Gold (RTG) dan antara prospek untuk memburu emas pertama Malaysia di Olimpik bernikah dengan Jiggy atau Mohamad Aizat Ahmad Nazri, 31, secara tertutup.

Menurut Jiggy, dia tidak berniat untuk merahsiakan pernikahannya dengan bintang terjun negara itu, namun keputusan tersebut terpaksa dilakukan demi menjaga amanah dan permintaan kedua-dua keluarga.

“Bukan nak sorok atau rahsiakan pernikahan ini. Perkara baikkan. Cuma kami berdua sepakat untuk tidak menghebahkan apa-apa selagi tiada hubungan yang sah.

“Lagipun kami sekadar menjaga amanah untuk tidak mencanang apa-apa. Majlis akad nikah juga diadakan secara tertutup, dihadiri 150 ahli keluarga terdekat sahaja,” kongsinya kepada Utusan Malaysia.

Jiggy berkata, dia mula rapat dengan atlet negara berusia 23 tahun itu selepas menjalani satu sesi fotografi tahun lalu.

Tambahnya, kematangan da­lam membuat keputusan dan ketegasan Dhabitah berjaya mencuri hatinya untuk me­nyunting wanita tersebut menjadi suri hidupnya.

“Dhabitah ini walaupun kecil molek tetapi tegas dalam membuat keputusan. Pemikirannya matang dan sentiasa terbuka untuk berbincang apabila berdepan satu-satu masalah.

“Walaupun muda, dia tahu setiap keputusan dan tindak tanduk boleh membawa keburukan jika tidak difikirkan secara rasional terlebih dahulu. Juga juga rajin bertanya dan berborak,” ujarnya.

Bercakap soal perancangan berbulan madu, jelas Jiggy, dia terpaksa menangguhkan pelan tersebut kerana kesibukan pasangan tersebut dalam karier masing-masing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.