Denmark tunggu Malaysia pada suku akhir Piala Sudirman

Denmark tunggu Malaysia pada suku akhir Piala Sudirman

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia mempunyai peluang seimbang untuk mara ke separuh akhir badminton Piala Sudirman selepas diundi menentang Denmark pada suku akhir di Suzhou, China.

Dalam undian yang dijalankan hari ini, pasukan negara akan berdela gergasi Eropah itu pukul 5 petang esok (Jumaat).

Jika menang, mereka akan berdepan pemenang antara pilihan kedua, Korea Selatan dan Taiwan.

“Kami mendapat undian yang baik tetapi penting untuk kami kekal fokus. Kami tidak mahu memberi tekanan yang tidak wajar,” kata ketua pasukan Malaysia, Tan Kian Meng.

Denmark tumpas 0-5 kepada China dalam aksi terakhir Kumpulan A untuk muncul  naib juara, sejurus sebelum undian.

Juara bertahan dan pilihan utama, China pula akan bertemu Indonesia, manakala Thailand menentang Jepun. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.