Dea Gea setuju potong gaji untuk kekal di Old Trafford

Dea Gea setuju potong gaji untuk kekal di Old Trafford

DAVID DE GEA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Penjaga gol Manchester United, David de Gea akhirnya bersetuju dengan syarat baharu untuk melanjutkan kontraknya di Old Trafford selama beberapa musim lagi.

De Gea yang merupakan pe­nerima gaji ter­tinggi kelab dengan gaji 350,000 pound (RM1.97 juta) seminggu bersetuju untuk kekal jika United layak ke Liga Juara-Juara, namun dengan mengurangkan gaji secara drastik.

Pemain berumur 32 tahun itu akan memperoleh gaji pokok yang jauh lebih rendah tetapi diberi insentif dan bonus untuk perlawanan yang mengambil kira prestasi dalam permainan.

De Gea juga telah memberi lampu hijau dan kini perjanjian itu hanya perlu ditandatangani oleh hierarki United sebelum pengumuman dibuat dalam masa terdekat.

Untuk mengimbangi gaji yang lebih rendah, De Gea dipercayai diberi kontrak lebih lama selain tidak semestinya akan menjadi No. 1 sepanjang tempoh di Old Trafford.

De Gea telah melakukan beberapa penyelamatan luar biasa musim ini tetapi dia juga membuat banyak kesilapan, terbaru pada Ahad lalu apabila dia melepaskan percubaan jarak jauh Said Benrahma.

Biarpun Erik Ten Hag masih peminat utama penjaga gol Sepanyol itu, dia telah mendesak United agar mencapai persetujuan dengan bersyarat.

Walaupun perjanjian baharu De Gea banyak bergantung pada jumlah permainan yang dimainkannya, dia akan menandata­ngani kontrak dengan pengetahuan bahawa dia mungkin akan kehilangan tempat jika melakukan kesilapan berterusan.

United telah menilai dan mencari beberapa pilihan penjaga gol yang berpotensi termasuk Diego Costa dari Porto dan David Raya dari Brentford.

“Kami mahu dia kekal dan kami mahu dia menyambung kontrak. Dia mempunyai rekod bersih terbanyak dalam Liga Perdana. Kami tidak akan berada di sini dalam kedudukan ini tanpa dia,” kata Ten Hag. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN