De Gea punca Man United tewas

De Gea punca Man United tewas

PEMAIN tengah Manchester United Christian Eriksen (kiri) menunjukkan riak kecewa ketika meninggalkan padang selepas tewas kepada West Ham, awal pagi tadi.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Manchester United terlepas peluang untuk mengukuhkan kedudukan empat terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas tewas 1-0 kepada West Ham di Stadium London, awal pagi tadi.

Gol tunggal tuan rumah diperolehi ekoran kesilapan David De Gea yang tewas dengan percubaan lemah Said Benrahma pada minit ke-27 selepas pasukannya menguasai minit-minit awal permainan.

Kekalahan itu juga menjejaskan tiket ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Bagaimanapun, keputusan itu membantu West Ham semakin menjauhi zon penyingkiran.

United, yang tewas menerusi penalti masa kecederaan di Brighton pada Khamis lalu, mempunyai peluang besar untuk mengukuhkan kedudukan selepas Arsenal menewaskan Newcastle di tangga ketiga 2-0 sebelum itu.

Namun, The Red Devils masih menghuni tangga keempat tetapi hanya satu mata mengatasi Liverpool yang bermain lebih satu perlawanan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.