Dalam sukan you’ll never walk alone

Dalam sukan you’ll never walk alone

TAN Cheong Min memenangi pingat emas keduanya dalam Sukan SEA 2023 di Phnom Penh. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEMEGANG prinsip, dalam sukan ‘anda tidak akan bersendirian’ menjadi kekuatan yang Tan Cheong Min ketika ­melakar sensasi membawa pulang dua pingat emas pada Sukan SEA 2023 di Kemboja.

Disebabkan prinsipnya itu jugalah yang membuatkan Cheong Min menjadi penyokong Liverpool kerana kelab gergasi Liga Perdana Inggeris tersebut mempunyai moto You’ll Never Walk Alone.

Jika kebanyakan atlet menggunakan Sukan SEA sebagai pentas pendedahan sebelum beraksi ke peringkat lebih tinggi, Cheong Min sebaliknya sudah memiliki dua gelaran dunia ketika tiba di Kemboja.

Penampilan pertamanya pada temasya 2023 meninggalkan kenangan manis apabila dia membawa pulang emas dalam wusyu Taolu wanita (Nandao + Nangun) dan Nanquan.

 

Biarpun kejayaan itu tidak begitu mengejutkan sesete­ngah pihak kerana sebagai juara dunia 2019 dan 2017 sudah tentulah dia menjadi pilihan, namun bagi atlet comel kelahiran ­Melaka itu, perjalanan untuk menggenggam emas tidak pernah mudah.

Bercerita kepada Mingguan Malaysia, Cheong Min berkata, ramai tidak tahu dia pernah mengalami kecederaan serius yang memaksanya melupakan wusyu seketika.

“Apabila anda berada dalam prestasi terbaik dan menghadapi kecederaan yang memerlukan anda berhenti selama beberapa minggu atau bulan, anda hanya boleh melakukan latihan pemulihan.

“Saya pernah menghadapi kecede­raan lutut kanan MCL (medial collateral ligament) iaitu koyakan darjah dua dan menurut doktor hampir 50 peratus koyak.

“Tapi nasib baik, dengan bantuan ISN (Institut Sukan Negara), saya pulih de­ngan agak cepat se­perti lebih kurang satu bulan hingga 1.5 bulan.

“Bagaimanapun, saya memerlukan kira-kira tiga bulan sebelum dapat kembali ke latihan sepenuhnya,” katanya.

Cheong Min juga mengakui, kerana komitmen tinggi yang perlu diberikan kepada wusyu, dia sering terlepas nikmat bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan.

“Mungkin pengorbanan saya tidak sehebat kebanyakan atlet lain tapi ya..agak sedih bila selalu tidak dapat bersama rakan-rakan dan keluarga kerana perlu fokus kepada latihan.

“Saya sudah memenangi gelaran dunia seawal usia 19 tahun, jadi anda boleh bayangkan berapa lama saya memberi segala-gala­nya kepada su­kan ini,” kata­nya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.