Cuaca panas, aksi petang resahkan Tok Gajah

Cuaca panas, aksi petang resahkan Tok Gajah

PEMAIN Sri Pahang sudah bersedia untuk menerima kunjungan Penang FC dalam aksi Liga Super di Kuantan malam ini. – IHSAN SRI PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Beraksi di sebelah petang membuatkan Sri Pahang sedikit gusar apabila menerima kunjungan Penang FC dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Sri Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, memastikan kecergasan sentiasa di tahap terbaik adalah perkara paling penting untuk diberi perhatian oleh pemain Tok Gajah.

Katanya, pasukan berada dalam prestasi yang baik dengan menghuni tangga ketiga liga menerusi enam kemenangan dan empat kekalahan, namun cabaran bermain pada sebelah petang dikhuatiri mampu menjejaskan momentum.

“Sri Pahang perlu terus menang, tidak dinafikan kedua-dua pasukan akan beraksi dalam cuaca panas, tetapi pemain perlu bijak untuk mengawal diri dari masalah yang mungkin disebabkan faktor cuaca,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Bagaimanapun ada perkha­baran kurang menggembirakan dari kem Tok Gajah apabila pemain kebangsaan, Mohd Azam Azih masih dibelenggu kece­deraan dan tonggak pertahanan, Stefano Brundo digantung satu perlawanan selepas menerima tiga kad kuning.

“Saya jarang mendapat peluang menurunkan kesebelasan utama dan untuk petang esok (hari ini) saya kehilangan dua pemain.

“Sudah pasti ketiadaan mereka amat dirasai, terutama Brundo yang sangat namun kami perlu kekal positif,” kata Ketua Jurulatih Sri Pahang, Fandi Ahmad.

Dalam masa sama, jurulatih kelahiran Singapura itu mahu anak buahnya memiliki mentaliti kuat ketika beraksi dalam keadaan cuaca panas kerana pertama kali beraksi di waktu petang di laman sendiri.

Walaupun pernah mengalami situasi sama ketika berdepan Selangor FC tetapi cuaca kali ini lebih panas sehingga boleh mencecah 35 darjah celsius.

Selepas 10 perlawanan, Sri Pahang masih mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Super musim ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya