City musnahkan Real untuk ke final Liga Juara-Juara

City musnahkan Real untuk ke final Liga Juara-Juara

MANCHESTER City membelasah Real Madrid untuk mara ke final Liga Juara-Juara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Manchester City memusnahkan Real Madrid 4-0 di Etihad awal pagi tadi untuk menempah tiket final Liga Juara-Juara, dan kekal di landasan memburu gelaran treble.

Dua jaringan separuh masa pertama daripada Bernardo Silva membuatkan juara bertahan, Real tergamam dalam perlawanan yang dikuasai sepenuhnya oleh City.

Memasuki babak kedua, Manuel Akanji menambah derita Real dengan meledak gol ketiga sebelum pemain gantian, Julian Alvarez melengkapkan kemenangan 4-0 menerusi jaringan waktu kecederaan.

City kini akan menentang juara Eropah tiga kali, Inter Milan dalam perlawanan akhir di Istanbul pada 10 Jun depan.

Skuad bimbingan Pep Guardiola kini hanya tinggal tiga kemenangan untuk merangkul kejuaraan treble Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan Liga Juara-Juara.

Pada minit ke-15 permainan, Real hanya menyempurnakan 13 hantaran berbanding 124 yang dilakukan City.

Statistik itu sahaja sudah memadai untuk menggambarkan penderitaan yang dialami juara Eropah 14 kali tersebut.

Real bernasib baik tidak dihukum dengan kekalahan lebih teruk, berterima kasih kepada ketangkasan penjaga gol, Thibaut Courtois menyelamatkan beberapa percubaan bahaya Erling Haaland.

“Biarkan saya memenangi dua kejuaraan pertama terlebih dulu,” kata Guardiola ketika ditanya mengenai peluang City menjulang kejuaraan Eropah buat kali pertama.

Jurulatih kelahiran Sepanyol itu berkata, peluang mereka dalam Liga Perdana begitu hampir dan City hanya memerlukan satu kemenangan lagi untuk mempertahankan trofi.

“Dalam Piala FA, kami akan menentang pasukan jiran (Manchester City) di final. kemudian akan bertemu gergasi Itali.

“Kami mengharungi musim yang bagus, sekarang masanya untuk menjulang trofi. Kami sudah begitu hampir,” kata Guardiola. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya