BWF perlu fokus kepada kualiti kejohanan bukan kuantiti

BWF perlu fokus kepada kualiti kejohanan bukan kuantiti

LEE Chong Wei menerima anugerah Dewan Kemasyhuran di Kuala Lumpur semalam. - IHSAN BAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Legenda badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei merasakan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) perlu memberi tumpuan untuk menganjurkan kejohanan lebih berkualiti yang menawarkan hadiah lebih lumayan kepada para pemain pada masa hadapan seandainya mahu memastikan sukan ini diangkat setaraf dengan tenis.

Saranan itu diutarakan Chong Wei ketika diangkat menjadi sebahagian daripada Dewan Kemasyhuran BWF 2023 bersama seteru utamanya, Lin Dan dalam satu majlis berprestij yang berlangsung di Kuala Lumpur semalam. 

Untuk tahun ini sahaja, terdapat lebih 50 kejohanan pelbagai taraf di dalam kalendar BWF, termasuk 30 kejohanan bertaraf Jelajah Dunia yang menjadi destinasi wajib untuk kebanyakkan pemain bintang seluruh dunia.

Masalah timbul apabila jadual padat yang perlu diharungi pemain masa kini menyebabkan kebanyakkan daripada mereka mudah ditimpa kecederaan.

Pemain No. 1 Dunia, Viktor Axelsen terpaksa menarik diri gara mengalami kecederaan hamstring ketika berdepan perseorangan utama negara, Lee Zii Jia ketika pertembungan peringkat suku akhir Piala Sudirman di Suzhou, dan tempohari Zii Jia pula terpaksa ditunjukkan jalan keluar dari pusingan kedua Kejohanan Masters Malaysia kerana kepenatan yang melampau.

LEE Chong Wei dan Lin Dan menerima pengiktirafan daripada BWF. – IHSAN BAM

“Saya rasa tidak sesuai tidak sesuai untuk kami bekas pemain badminton membincangkan perkara ini (perubahan untuk tempoh lima hingga 10 akan datang dalam dunia badminton).

“Sepatutnya perkara ini perlu diajukan kepada BWF apa perubahan yang mereka mahu lakukan untuk tempoh yang mendatang, mungkin mereka akan menukar format mata perlawanan, sistem, ataupun mungkin menaikkan nilai wang kemenangan. 

“Atau mungkin memansuhkan beberapa kejohanan dalam tempoh setahun, dengan memberi tumpuan kepada kejohanan yang lebih berkualiti, misalnya tenis ada enam kejohanan utama, sebab saya rasa kalendar badminton ketika ini sangat gila, ia berlangsung secara berterusan.

“Disebabkan itu banyak pemain mengalami kecederaan dan saya harap BWF berupaya untuk menganjurkan enam ke lapan kejohanan yang berkualiti dengan menawarkan hadiah kemenangan yang lumayan, kerana ketika saya merasakan tumpuan mereka lebih kepada kuantiti, terlalu banyak sangat kejohanan dan pemain bukannya robot,” jelas Chong Wei. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.