Muda, muka baharu bukan alasan tak bawa pulang emas

Muda, muka baharu bukan alasan tak bawa pulang emas

SEBAHAGIAN atlet Malaysia yang membawa cabaran Malaysia pada Sukan SEA 2023 ketika menghadiri Perhimpunan Akhir Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA Kemboja baru-baru ini. - IHSAN MSN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biarpun menampilkan lebih separuh muka baharu pada Sukan SEA 2023, namun itu bukan alasan temasya Kemboja sekadar pentas pendedahan kerana setiap atlet yang dihantar perlu berusaha meraih pingat, terutama emas.

Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Wira Mazlan Ahmad berkata, beliau memahami apabila kontinjen Malaysia meletakkan sasaran sederhana – 40 pingat emas kali ini kerana menghantar ramai atlet muda.

Sasaran itu turut mengambil kira Malaysia hilang 18 pingat emas, 16 perak dan 30 gangsa apabila tuan rumah tidak menyenaraikan 57 acara yang dipertandingkan di Hanoi.

Begitupun tegasnya, misi 40 emas yang diumumkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kelmarin perlu dipenuhi.

MAZLAN AHMAD

“Saya anggap 40 pingat emas memadai. Dengan sasaran ini, kita berharap atlet, walaupun muda, akan menyahut cabaran menang emas.

“Lagi satu, sasaran itu juga mencabar kebolehan mereka dan jurulatih untuk berusaha dapatkan pingat.

“Atlet muda perlu faham, Sukan SEA temasya berprestasi tinggi yang menyediakan peluang untuk bertanding di peringkat antarabangsa paling rendah, jadi kalau kita momokkan dengan pandangan yang atlet Malaysia tidak mampu capai sasaran atau buat kejutan, kita seolah-olah tidak beri rangsa­ngan kepada mereka.

“Jadi, bila mereka raih kemenangan di peringkat ini, mereka lebih yakin untuk beraksi di pe­ringkat lebih tinggi seperti Sukan Asia dan kejohanan dunia,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tegas Mazlan, bersaing de­ngan negara-negara Asia Tenggara adalah pertempuran di pe­ringkat antarabangsa paling rendah dan semua atlet muda yang terpilih perlu mencabar diri merebut pingat.

Pada edisi terakhir di ­Vietnam tahun lalu, Malaysia membawa pulang 39 pingat emas, 45 perak dan 90 gangsa melepasi sasaran awal 36 emas.

Begitupun, itu adalah pencapaian terburuk kontinjen negara sejak 1983.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.