Aliff mahu jadi sehebat Van Dijk

Aliff mahu jadi sehebat Van Dijk

MUHAMMAD ALIFF NAJMI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUKADIMAH
PEMAIN pertahanan semakin meningkat, Muhammad Aliff Najmi Shaaini mempunyai alasan tersendiri kepada dia memilih untuk berhijrah dari Kelantan United ke PDRM FC musim ini.
Antara alasan utama pemain berumur 23 tahun itu adalah mahu mendapatkan lebih minit permainan selain mahu dekat dengan pusat pengajiannya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Pengorbanannya berjauhan dengan keluarga di Kelantan juga berbaloi musim ini apabila banyak diberi kepercayaan oleh PDRM FC untuk turun dalam kesebelasan utama.
Malah, pertahanan tengah itu juga sebelum ini telah menarik minat ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon yang percaya dia mampu melangkah lebih jauh.
Bersama wartawan Mingguan Malaysia, HAKIMI ISMAIL, ruangan Tanya Je…minggu ini menyingkap sisi peribadi pemain yang memasang impian beraksi bersama Harimau Malaya ini.

MUHAMMAD ALIFF NAJMI SHAAINI 

Lokasi percutian paling diimpikan?
Lokasi yang saya ingin pergi melancong adalah Sepanyol.

Sukan apa yang akan disertai jika anda bukan pemain bola?
Sebab saya tinggi mungkin bola tampar atau hoki.

Hadiah yang diidamkan pada hari lahir?
Kalau diberikan pilihan, saya mahukan sebuah kereta.

Pengalaman paling manis dalam kerjaya?
Dapat panggilan bersama skuad bawah 23 tahun negara dan dapat berlatih bersama skuad senior Harimau Malaya.
Menjadi kapten skuad bola sepak Sukan Universiti ASEAN 2022.

Idola dalam bola sepak?
Semestinya pertahanan kental Liverpool, Virgil Van Dijk.

VIRGIL VAN DIJK

Minat cerita Korea atau Melayu?
Semestinya saya peminat cerita Melayu #supportlocal.

Binatang yang paling anda benci?
Saya paling takut dan anti dengan ular.

Apa yang masih belum tercapai dalam hidup?
Saya memasang impian untuk capai tahap pendidikan di tahap tertinggi selain mahu menghantar ibu dan abah ke Mekah.

Perkara yang boleh menyejukkan hati ketika marah?
Hati saya akan sejuk apabila mendengar suara ibu.

Apa yang akan dilakukan selepas bersara?
Mungkin saya akan membuka perniagaan.

Pasukan bola sepak yang diminati?
Liverpool.

Minat kereta mewah atau motosikal
berkuasa tinggi?
Kereta mewah Lamborghini.

Bintang filem yang digemari?
Tom Cruise.

TOM CRUISE

Perkara yang dilakukan untuk tenangkan diri sebelum turun padang.
Hiburkan diri dengan lagu dan baca al-Fatihah sebelum masuk padang.

But Nike atau Adidas?
Saya lebih suka dan sesuai pakai jenama Adidas.

Ronaldo atau Messi?
Ronaldo.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN