Ainaa 'melawan' sebelum tumbang kepada pemain No. 16 dunia

Ainaa ‘melawan’ sebelum tumbang kepada pemain No. 16 dunia

LANGKAH Noor Ainaa Amani Ampandi pada Kejohanan Dunia tersekat di pusingan pertama.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Noor Ainaa Amani Ampandi memberi tentangan sengit sebelum kecundang kepada pemain No. 16 dunia, Farida Mohamed dari Mesir 11-8, 10-12, 10-12, 9-11 seawal pusingan pertama Kejohanan Skuasy Dunia di Chicago, Amerika Syarikat, hari ini.

Membuat penampilan pertama dalam kejohanan berprestij itu, Ainaa bagaimanapun puas dengan prestasi yang ditunjukkan, selain mengutip pengalaman amat berharga.

“Walaupun kalah, saya gembira dengan persembahan sendiri dan secara keseluruhan perlawanan itu berlangsung menarik.

“Sebenarnya saya hampir menang dalam perlawanan itu, kedudukan mata cukup dekat, sebab itu, saya kata sangat gembira dengan prestasi ketika ini,” kata pemain kelahian Kuala Lumpur sewaktu dihubungi Utusan Malaysia.

Ainaa, 21, yang kini menghuni ranking ke-67 dunia itu memberitahu, dia cukup berpuas hati apabila berjaya memberikan tentangan sengit kepada Farida yang merupakan pemain berada dalam kelompok 20 terbaik dunia.

“Banyak Ainaa dapat belajar dari perlawanan tadi. Apa yang Ainaa boleh tingkatkan untuk masa akan datang ialah keupayaan Ainaa bertahan lama dalam gelanggang terutama apabila perlu mengharungi aksi yang sukar macam tadi.

“Ainaa juga perlu ingatkan diri jangan ambil mudah setiap kali selesa mendahului di depan kerana apa-apa sahaja boleh berlaku,” ujarnya.

Turut terkendas seawal pusingan pertama ialah pemain veteran, Ivan Yuen yang tewas kepada wakil England, Patrick Rooney 9-11, 5-11, 8-11 dalam masa 32 minit.

Malaysia masih memiliki enam lagi wakil diketuai oleh Ng Eain Yow, S. Sivasangari, Aifa dan Aira Azman, Rachel Arnold serta J. Yasshmita yang hanya akan beraksi awal pagi hari ini waktu Malaysia. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya