Abu Samah dilepas tanpa dibebaskan pertuduhan rasuah

Abu Samah dilepas tanpa dibebaskan pertuduhan rasuah

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abd Wahab (tengah) hadir ke Mahkamah Sesyen Melaka sambil ditemani ahli keluarga dan Naib Presiden, Datuk Amarjit Singh Gill (dua dari kanan).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Wahab dilepaskan tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan mendapatkan suapan bernilai RM48,811.85.

Hakim, Elesabet Paya Wan, membuat keputusan tersebut selepas Timbalan Pendakwaraya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Mahadi Abdul Jumaat memohon supaya Abu Samah dilepaskan daripada dua pertuduhan berkenaan.

Perkara berkenaan disahkan oleh peguambela beliau, Datuk Amarjit Singh Gill yang juga merupakan Naib Presiden PKBM dan Setiausaha Agung Persekutuan Berbasikal ASEAN (ACF). Beliau turut diwakili oleh Azrul Zulkifli Stork.

Abu Samah tampil di mahkamah hari ini dengan diiringi oleh beberapa anaknya termasuk Naib Presiden PKBM, Norazman Abu Samah yang juga Ahli Jawatankuasa Pengurusan ACF.

Pada 3 Jun 2022, Abu Samah dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini dan mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Nariman Badruddin.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh sebagai badan awam iaitu Presiden PKBM didakwa menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan apabila memilih syarikat milik anaknya iaitu Syarikat Harapan Baiduri Sdn. Bhd. untuk menyediakan sewaan kenderaan logistik dengan harga keseluruhan RM12,750.

Suapan dilakukan melalui 13 baucar bayaran mulai 2013 sehingga 2018.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan perkara sama membabitkan syarikat milik adik-beradiknya, Syarikat Keluarga Haji Wahab Hassan Sdn Bhd untuk membuat sewaan rumah inap desa bagi kegunaan atlet berbasikal dengan harga keseluruhan RM36,061.85.

Bayaran itu dilakukan melalui 32 baucar bayaran mulai 2013 sehingga 2018.
Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di Pejabat PKBM dalam daerah Melaka Tengah antara 2013 sehingga 2019.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Dalam perkembangan lain, Amarjit menyatakan wang jaminan sebanyak RM10,000 dan passport antarabangsa juga telah dikembalikan kepada Abu Samah atas perintah Hakim Elesabet.

“Saya berasa gembira dengan keputusan mahkamah untuk melepaskan tanpa dibebaskan. Saya berharap Datuk Abu Samah boleh memberi sumbangan yang lebih bermakna selepas ini” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya