40 emas sasaran sederhana, realistik

40 emas sasaran sederhana, realistik

BARISAN atlet negara sentiasa memberi aksi terbaik di setiap temasya atau kejohanan yang disertai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dengan mengambil kira 65 peratus atlet yang dihantar ke Sukan SEA 2023 di Kemboja terdiri adalah muka baharu, sasaran 40 pingat emas, 37 perak dan 64 gangsa dianggap realistik, kata Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Tegasnya, misi kontinjen negara pada temasya 5-17 Mei itu adalah memburu emas, namun dalam masa sama mengete­ngahkan seberapa ramai atlet muda untuk bersaing di peringkat tertinggi di Asia Tenggara.

Sasaran 40 emas hanya satu lebih daripada pungutan 39 emas yang diraih di Vietnam tahun lalu.

“Saya akui sasaran pingat memang penting tetapi itu bukanlah satu-satunya kayu pe­ngukur menentukan sama ada misi kita ke Kemboja berjaya atau sebaliknya.

“Banyak perkara dan aspek sudah kita perhalusi sebelum menetapkan sasaran pingat untuk kontinjen negara.

“Sasaran ditetapkan kali ini amat realistik, seiring keputusan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan MSN (Majlis Sukan Negara) menyenaraikan hampir 65 peratus atlet yang bakal membuat kemunculan pertama di pentas Sukan SEA.

KETUA Kontinjen Negara ke Sukan SEA 2023, Datuk Mohd. Nasir Ali mengibarkan Jalur Gemilang.  – UTUSAN/AMIR KHALID

“Oleh itu, sasaran ditetapkan adalah 40 emas, 37 perak dan 64 gangsa,” katanya pada Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA ke-32 di Bukit Jalil semalam.

Pada edisi terakhir di Hanoi tahun lalu, Malaysia melepasi sasaran 36 pingat emas dengan mengakhiri saingan di kedudukan keenam keseluruhan apabila mengutip 39 pingat emas, 45 perak dan 90 gangsa namun, itu pencapaian terburuk kontinjen negara sejak 1983.

Kata Hannah, sasaran tersebut dibuat selepas MSN dan MOM mengadakan sesi libat urus bersama semua persa­tuan sukan kebangsaan yang bertanding.

Sasaran itu mengambil kira keputusan negara tuan rumah tidak menyenaraikan 57 acara yang dipertandingkan dalam Sukan SEA 2021 yang menyaksikan kontinjen negara kehila­ngan 18 pingat emas, 16 Perak dan 30 gangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya