United awasi taktik suka buang masa Newcastle

United awasi taktik suka buang masa Newcastle

PEMAIN Manchester United melakukan persiapan akhir di Pusat Latihan Trafford di Carrington, Manchester menjelang pertemuan menentang Newcastle United.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Pengurus Manchester United, Erik ten Hag mengingatkan pe­ngadil agar memberi perhatian kepada taktik membuang masa Newcastle United menjelang pertembungan dua pasukan itu dalam aksi Liga Perdana Ingge­ris di St. James’ Park hari ini.

Kali pertama Ten Hag me­nyuarakan kebimbangan terhadap kecenderungan Magpies melambatkan masa ketika mereka bertemu dalam final ­Piala Liga, Februari lalu.

Walaupun United menang 2-0 di Wembley, namun pakar taktikal dari Belanda itu itu tidak boleh melupakan strategi buruk Newcastle di Old Trafford.

Skuad bimbingan Eddie Howe mengikat United 0-0 dalam aksi liga, Oktober lalu dan menggunakan setiap kesempatan yang ada untuk melengah-lengahkan masa serta memperlahankan rentak permainan.

Itu mendorong Ten Hag mengingatkan pengadil, Stuart Attwell tentang kemungkinan situasi sama berulang hari ini.

“Kami tahu mereka gemar melambat-lambatkan perlawanan. Ia bukan perkara yang ­disukai mana-mana pengadil.

“Matlamat Liga Perdana adalah mempunyai tempo dalam permainan, jadi mereka (pe­ngadil) perlu konsisten memastikan perjalanan perlawanan berjalan baik,” kata Ten Hag.

Memandangkan hanya tiga mata memisahkan Newcastle (kelima liga) dan United (ketiga), pertaru­ngan dijangka se­ngit kerana kedua-dua pasukan memburu kelompok empat terbaik.

Pemain Red Devils perlu mengikut arahan Ten Hag de­ngan disiplin tinggi bagi mengelak dikecewakan oleh sebarang percubaan Newcastle untuk mengganggu rentak permainan.

Howe telah membangunkan taktik membuang masa de­ngan sempurna musim ini, dan ia boleh dilihat daripada waktu kecederaan yang panjang setiap kali Newcastle beraksi.

Perlawanan Magpies sering berlangsung selama 98 minit musim ini setiap kali berdepan pasukan elit. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya