Tolak Chelsea, Nagelsmann sertai Tottenham?

Tolak Chelsea, Nagelsmann sertai Tottenham?

Julian Nagelsmann
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Mauricio Pochettino menjadi calon utama untuk mengambil alih tugas pengurus Chelsea selepas Julian Nagelsmann menarik diri.

Proses untuk mendapatkan pengendali tetap Blues kini sedang berjalan tetapi Pochettino dilihat sebagai pilihan kerana boleh dibawa masuk pada bila-bila masa selepas dipecat oleh Paris Saint-Germain (PSG) tahun lalu.

Nagelsmann, 37, sebelum ini mendahului senarai calon untuk sejak dipecat oleh Bayern Munich bulan lalu.

MAURICIO POCHETTINO

Begitupun jurulatih kelahiran Jerman itu dikatakan lebih berminat untuk menyertai kelab jiran Chelsea, Tottenham yang turut mencari pengurus baharu ekoran pemecatan Antonio Conte pada 26 Mac lalu.

Nagelsmann dilaporkan sudah mengadakan perbincangan dengan Chelsea yang kini di kedudukan ke-11 Liga Perdana Inggeris untuk mengambil alih tugas itu pada akhir kempen tetapi laporan malam tadi mengesahkan dia menarik diri daripada tugasan berkenaan.

Ditanya mengenai laporan tersebut oleh Sky Sports Jerman, Nagelsmann berkata: “Untuk membatalkan sesuatu, anda perlu komited kepada sesuatu.” – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN