TMJ jadi ahli lembaga kumpulan bola sepak?

TMJ jadi ahli lembaga kumpulan bola sepak?

TUNKU Ismail Sultan Ibrahim menerima kunjungan pengasas Racing City Group, Naser Al Tamimi dan ejen bola sepak, Morris Pagniello.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini menerima kunjungan dari pengasas Racing City Group, Naser Al Tamimi dan ejen bola sepak, Morris Pagniello.

Kunjungan berkenaan bagi membincangkan potensi kerjasama yang akan menyaksikan Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor menjadi ahli lembaga kumpulan bola sepak.

Naser merupakan Ahli Lembaga Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan UAE, Bendahari Persekutuan Judo Antarabangsa, Setiausaha Agung Judo UAE manakala Pagniello adalah seorang ejen bola sepak.

Lawatan berkenaan juga bertindak sebagai peluang untuk melakukan kerjasama antarabangsa dengan rakan-rakan kongsi ternama dari seluruh dunia.

Racing City Group adalah syarikat bola sepak yang mempunyai pemilikan kelab di Itali, Sepanyol, Australia, Amerika Syarikat dan Mexico, serta menguruskan beberapa akademi bola sepak.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya