Skuad Malysia B-22 tak takut berdepan kumpulan maut

Skuad Malaysia B-22 tak takut berdepan kumpulan maut

SKUAD B-22 negara muncul juara Piala Merlion di Singapura, baru-baru ini, dalam persiapan menghadapi Sukan SEA Kemboja, bulan depan.-IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tugas berat menanti skuad bola sepak bawah 22 (B-22) pada Sukan SEA Kemboja apabila mereka diundi dalam kumpulan ‘maut’ bersama juara bertahan Vietnam dan pemenang pingat emas terbanyak kejohanan, Thailand.

Selain Malaysia, Vietnam dan Thailand, turut berada dalam saingan Kumpulan B dalam proses undian yang diadakan kelmarin ialah Singapura dan Laos sekali gus melengkapkan saingan sukar yang bakal dihadapi anak-anak buah E. Elavarasan.

Melihat kepada keputusan undian itu, skuad negara perlu menggunakan tempoh yang ada ini untuk melakukan persiapan rapi dan tidak mustahil mereka mampu menjadi antara dua pasukan dari Kumpulan B yang akan ke separuh akhir.

Biarpun sedar bakal berdepan tugas getir pada temasya dwitahunan itu, Elavarasan tetap optimis skuad B-22 memiliki potensi yang sama dengan pasukan-pasukan lain dan akan turun dengan keyakinan tinggi bagi meraih keputusan terbaik.

“Satu undian yang menarik dan mencabar dalam masa yang sama selepas kami diundi bersama juara bertahan, Vietnam dan pasukan pilihan pertandingan seperti Thailand.

“Pasukan negara harus realistik dengan keputusan undian tersebut, saya kekal optimis bahawa skuad Harimau Malaya B-22 memiliki potensi sama seperti pasukan-pasukan lain di mana kami juga memiliki keyakinan untuk turun dalam kejohanan Sukan SEA Kemboja.

“Fokus dan visi kami tidak akan berubah. Sudah pasti kami akan bersiap sedia untuk berdepan kumpulan sukar ini dan tugas saya sekarang adalah memastikan pasukan ini dalam keadaan bersedia,” katanya.

Persediaan skuad B-22 tampak berada dalam keadaan baik ketika ini termasuk mencipta sejarah menjulang Piala Merlion 2023 selepas menewaskan Hong Kong, 2-1 dalam aksi final pada 26 Mac lalu dalam kejohanan yang berlangsung di Singapura.

Untuk rekod, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum ini meletakkan sasaran untuk skuad kendalian Elavarasan untuk sekurang-kurangnya beraksi di peringkat final Sukan Sea Kemboja.

Walaupun dilihat sasaran menggunung yang diletakkan ke atas bahu skuad B-22 negara untuk mara ke final acara bola sepak Sukan Sea 2023 namun Elavarasan menganggapnya sebagai cabaran yang realistik untuk dicapai.

Dalam pada itu, saingan Kumpulan A Sukan SEA Kemboja bagi acara bola sepak tampak lebih mudah apabila dibarisi tuan rumah Kemboja, Indonesia, Myanmar, Filipina dan Timor Leste.

Acara bola sepak lelaki pada temasya di Phnom Penh itu akan membuka tirai lebih awal iaitu dari 29 April hingga 16 Mei depan.

Sementara itu, skuad bola sepak wanita pula diundi dalam Kumpulan A bersama Vietnam, Filipina, Myanmar dan Indonesia dengan acara berkenaan akan bermula dari 2 Mei hingga 15 Mei depan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya