SEVILLE, SEPANYOL: Sevilla akan membawa Alex Telles untuk menentang ‘majikan’ sendiri, Manchester United pada suku akhir pertama Liga Europa di Old Trafford esok.
Pertahanan kiri Brazil itu dipinjamkan oleh United kepada kelab Sepanyol tersebut sehingga akhir musim ini.
Tidak seperti Liga Perdana Inggeris, peraturan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) membenarkan pemain menentang kelab induk mereka dalam pertandingan, bermakna Telles layak bermain.
Bekas bintang Manchester City, Jesus Navas yang kini menjadi kapten Sevilla mengetuai senarai 24 pemain yang dibawa ke Old Trafford.
📸 ¡Rumbo a Manchester! ✈️#UEL pic.twitter.com/gFNpqvq0hy
— Sevilla Fútbol Club (@SevillaFC) April 12, 2023
Turut menguatkan cabaran adalah pemain pinjaman Tottenham, Bryan Gil dan bekas bintang tengah Barcelona, Ivan Rakitic.
Bagaimanapun, Sevilla kehilangan khidmat dua tonggak akibar kecederaan iaitu Joan Jordan dan Jesus Corona.
Pemain tengah, Pape Gueye pula tidak layak beraksi kerana telah bermain untuk kelab induknya, Marseille dalam saingan Eropah musim ini.
Antara bekas pemain Liga Perdana lain yang dibawa ke Manchester termasuk Erik Lamela (Tottenham), Suso (Liverpool) dan Karim Rekik (City).
Trio juara Piala Dunia Argentina, Gonzalo Montiel, Papu Gomez dan Marcos Acuna semunya akan bermain di Old Trafford. – AGENSI