RTG: Bukan Lee Zii Jia sahaja, atlet lain juga berisiko tersingkir

RTG: Bukan Lee Zii Jia sahaja, atlet lain juga berisiko tersingkir

HAMIDIN Mohd Amin (dua dari kiri) berbual bersama Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh di Majlis Rumah Terbuka beliau di sini, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Situasi semakin getir buat perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia apabila prestasi semasanya mungkin bakal mengakibatkan dia dikeluarkan daripada program pemburuan pingat emas pertama negara di Sukan Olimpik Paris 2024, “Road to Gold” (RTG).

Kemungkinan itu disuarakan Chef de Mission (CDM) negara ke temasya itu, Datuk Hamidin Mohd Amin yang melihat kedudukan Zii Jia tidak akan selamat sekiranya dia terus beraksi di bawah paras prestasi sebenar, kerana Jawatankuasa RTG akan sentiasa membuat penilaian berkala.

Zii Jia menjadi sebahagian daripada 15 atlet pertama negara yang disenaraikan dalam program berkenaan bagi menggalas harapan besar negara di Sukan Olimpik Paris tahun hadapan, namun pemain berusia 25 tahun itu gagal untuk mempertahankan gelaran juara di Kejohanan Badminton Asia yang berlangsung di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) apabila tersingkir seawal pusingan pertama.

Kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024 membabitkan sukan badminton akan bermula secara rasmi pada Isnin ini dan akan tamat pada April 2024.

“Saya kira bukan sahaja Zii Jia (akan di keluarkan) kerana mungkin ada pemain baharu yang akan masuk dan layak pada penghujung tahun ini.

“Nak kata Zii Jia kelua, Wallahualam, harap daripada Zii Jia yang terbaik dan kembali pada tahap terbaik.

“Pada masa sama, saya optimis kita ada satu tahun lagi dan akan adakan pertemuan dengan semua pemain badminton secara tertutup selepas mereka pulang dari Dubai,” jelas Hamidin.

Ketika ini beberapa persatuan sukan sedia ada sedang berusaha untuk memohon kepada Jawatankuasa RTG bagi penambahan atlet ke dalam program tersebut antaranya Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) yang berhasrat untuk memasukkan nama Fadhil Zonis, sementara Persekutuan Renang Malaysia (MS) pula bercadang untuk mencalonkan nama Wendy Ng Yan Yee dalam program RTG.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya