Rela ‘turun pangkat’ janji bantu Nor Sarah

Rela ‘turun pangkat’ janji bantu Nor Sarah

NOR Sarah Adi mahu terus berlatih bersama Mohd. Manshahar Abdul Jalil untuk menghadapi Sukan SEA di Kemboja, bulan depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pernah menggalas tugas Ketua Jurulatih Olahraga Kebangsaan, Mohd. Manshahar Abdul Jalil tidak kisah jika hanya diberi jawatan jurulatih biasa asalkan dia dibenarkan melatih atlet lompat bergalah negara, Nor Sarah Adi menghadapi Sukan SEA di Kemboja, bulan depan.

Ketika ini, Manshahar memberi komitmennya datang me­latih Nor Sarah setiap hari secara sukarela selepas pemenang pingat emas lompat bergalah Sukan SEA Hanoi itu memerlukan bantuannya.

Manshahar berkata, dia juga tidak akan membiarkan Nor Sarah tanpa bimbingan khusus untuk acara lompat bergalah kerana percaya bakat yang ada pada anak kelahiran Pahang itu tidak sepatutnya di persia-siakan.

“Sekarang saya turun melatih Nor Sarah setiap petang secara sukarela dan tanpa dibayar oleh sesiapa. Saya sedia berbincang dengan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), kalau dipersetujui kedua-dua pihak tiada masalah, perkara ini kena jelas.

“Dilantik sebagai jurulatih biasa untuk acara lompat bergalah pun saya sedia terima dan tiada isu membabitkan jawatan saya sebelum ini.

“Jurulatih khas untuk lompat bergalah (bimbing Nor Sarah) sangat penting, kita tidak ada ramai pakar dalam acara ini, ia sangat spesifik. Faktor kelajuan salah satu sahaja, taktikal lain perlu diambil kira untuk Sarah buat lompatan terbaik.

“Hanya pakar dalam acara ini tahu bagaimana taktikal dan kaedah yang diperlukan untuk Nor Sarah memperbaiki dan meningkatkan prestasinya terutama untuk berdepan Sukan SEA Kemboja,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Mohd. Manshahar Abdul Jalil

Nor Sarah kelmarin mendedahkan, dia tetap berlatih bersama Manshahar biarpun pernah diberi amaran akan dikeluarkan dari Program Podium.

Kata atlet berusia 23 tahun itu, dia terpaksa membuat keputusan tersebut kerana dibiarkan tanpa jurulatih, sedangkan misinya di Phnom Penh adalah mempertahankan emas yang dimenangi tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Olahraga Kebangsaan, Zaki Sadri berkata, prestasi Nor Sarah masih di tahap terbaik biarpun tanpa jurulatih khusus untuk acara lompat bergalah dan dia juga ketika ini berada bawah program latihan bersama jurulatih pecut negara, Poad Kassim.

“Mana-mana pertukaran melibatkan jurulatih, ia boleh menimbulkan masalah peribadi. Saya rasa Nor Sarah lebih matang dalam situasi ini sebab itu prestasinya masih baik. Kejohanan di Taiwan menjadi satu kayu pengukur buatnya.

“Saya sarankannya untuk tingkatan aspek pecutan. Kejayaan dalam Sukan SEA yang lalu disebabkan pecutan yang bagus. Buat masa ini dia berlatih di bawah bimbingan Poad sebab dia juga akan menyertai acara 4x100m,” kata Zaki.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya