Perak FC buat aduan rasmi mutu pengadilan

Perak FC buat aduan rasmi mutu pengadilan

PEMAIN JDT meraikan kejayaan menjaringkan gol ketika menentang Perak FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Perak, Ipoh. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak FC akan membuat aduan rasmi terhadap mutu pengadilan ketika pasukan itu dibelasah 0-5 oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam Liga Super di Stadium Perak, Ipoh kelmarin.

Enggan menjelaskan in­siden apa yang tidak menggembirakan Bos Gaurus, pengendali mereka, Datuk Lim Teong Kim hanya berkata, mereka tidak berpuas hati terhadap mutu pengadilan S. Logeswaran.

“Saya tidak boleh buka mulut kerana akan dikenakan tindakan. Jika saya bercakap benar habislah saya tetapi kita minta pengadil bersikap adil terhadap semua pasukan.

“Jika ia satu foul maka ia satu kesalahan, lakukanlah apa yang wajar,” katanya pada pemberita selepas perlawanan semalam.

Menurut Teong Kim, pengadil gagal melaksanakan tugasnya dengan baik menyebabkan Perak tidak menerima keadilan.

Beliau berkata, pemain Perak melakukan kesilapan-kesilapan walaupun telah diberitahu bagaimana mengawal keadaan.

“Memang JDT pasukan yang bagus dan kuat, pemain telah diberitahu supaya elak melakukan kesilapan-kesilapan ini tetapi mereka lakukan juga, sukar bagi saya untuk menerima kekalahan ini,” katanya.

Jurulatih itu sempat berseloroh apabila berkata, dia terpaksa turun dalam perlawanan seterusnya berikutan kecederaan teruk terhadap penyerang utama, Seo Seonung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN