Peningkatan Selangor FC resahkan Tok Gajah

Peningkatan Selangor FC resahkan Tok Gajah

PEMAIN Sri Pahang menjalani latihan akhir di Kuantan kelmarin menjelang pertemuan menentang Selangor pada pusingan kedua Piala FA di Petaling Jaya malam ini. – IHSAN SRI PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Tekanan hebat me­ngiringi langkah Sri Pahang apabila bertandang ke Stadium Petaling Jaya malam ini untuk menentang Selangor FC pada pusingan kedua Piala FA.

Pengendali Tok Gajah, Fandi Ahmad mengakui, rekod yang menunjukkan Red Giants sudah bangkit sejak dimalukan 0-4 oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) meresahkan pemainnya, pada ketika mereka pula terkial-kial untuk mencari keserasian.

Selepas tumbang kepada JDT pada 17 Mac lalu, Selangor yang dibimbing bekas Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe telah memenangi semua tiga aksi Liga Super berturut-turut – mengalahkan Kuala Lumpur City 3-1, Negeri Sembilan 2-1 dan Kelantan FC 3-0.

“Jika dilihat rekod Selangor sekarang mereka menunjukkan peningkatan, jadi Sri Pahang perlu mempamer aksi terbaik untuk memberi tentangan se­ngit.

“Saya mengakui agak kecewa dengan prestasi jentera sera­ngan kami. Lucas (Da Silva) dan Kpah (Sherman) masih gagal beraksi dengan baik untuk menjaringkan gol,” kata Fandi.

Menurut legenda bola sepak Singapura itu, Sherman dan Lucas masih terkial kial, malah kelemahan itu tampak ketara ketika mereka menumpaskan Kelantan United 1-0 dalam perlawanan terakhir liga.

Biarpun masih mengekalkan rekod tanpa kalah musim ini dengan melakar empat kemenangan dan empat seri, namun secara keseluruhan Sri Pahang tidak mempamer aksi meyakinkan dalam lapan aksi pertama liga. 

Sebaliknya, pemain tengah kelahiran Argentina, Stefano Brundo lebih memikat Fandi dan diharap mampu bergandingan baik dengan tonggak kebangsaan, Nor Azam Azih bagi memberi ancaman kepada Selangor. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya