Penang singkirkan Kuching City dari saingan Piala FA

Penang singkirkan Kuching City dari saingan Piala FA

Penang FC berjaya mara ke pusingan suku akhir Piala FA 2023. (Foto: Ihsan Penang Football Club)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Penang FC berpesta jaringan di tempat lawan untuk meneruskan kemaraan ke suku akhir Piala FA apabila membelasah tuan rumah, Kuching City dalam aksi yang berlangsung di Stadium Negeri Sarawak sebentar tadi.

Pesta jaringan Penang FC bermula seawal minit ke 10 menerusi Soony Saad sebelum seorang lagi awang import skuad Harimau Kumbang, Rafael Vitor menggandakan jaringan pada minit ke 47.

Penang semakin selesa apabila Hadin Azman menjadikan kedudukan 3-0 selepas menyempurnakan hantaran rakan sepasukan, Nik Akif Syahiran pada minit ke 65.

Malam gemilang Penang di Kuching dinoktahkan Giovani Gomes apabila tandukannya berjaya menerjah gawang untuk menewaskan penjaga gol tuan rumah, Wan Azraie Wan Teh buat kali keempat dalam perlawanan itu pada minit ke 94.

Cabaran getir menanti skuad Harimau Kumbang di suku akhir apabila dijadualkan berdepan dengan gergasi Harimau Selatan, Johor Darul Takzim (JDT).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya