Pemain Everton dibenarkan berbuka puasa di tepi padang

Pemain Everton dibenarkan berbuka puasa di tepi padang

everton
Everton dikejutkan Luton Town untuk memberikan kemengan pertama kepada The Hatter dalam Liga Perdana Inggeris. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Pemain beragama Islam yang beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak perlu mengharapkan rakan mereka berpura-pura cedera untuk membolehkan permainan dihentikan kerana mereka dibenarkan berbuka puasa di tepi padang.

Perlawanan di antara Everton menentang Tottenham di Goodison Park, awal pagi tadi dihentikan pada minit ke-26 bagi memberi peluang kepada trio Everton, Andre Onana, Abdoulaye Doucoure dan Idrissa Gueye berbuka puasa di tepi padang.

Pemain lain pula menggunakan kesempatan itu untuk minum sambil mendengar arahan jurulatih.

Liga Perdana membuat keputusan untuk membenarkan perlawanan yang berlangsung di sebelah petang dihentikan seketika bagi membolehkan pemain beragama Islam berbuka puasa.

PEMAIN lain mengambil peluang untuk minum dan mendengar arahan jurulatih sementara perlawanan dihentikan.

Tottenham yang dibimbing pengurus sementara, Cristian Stellini mendahului pada minit ke-68 menerusi Harry Kane sebelum Michael Keane menyamakan kedudukan di minit terakhir unruk perlawanan tamat 1-1.

Dalam kebanyakan liga bola sepak Eropah, pemain terpaksa mencari jalan untuk permainan dihentikan bagi membolehkan rakan-rakan musim mereka berbuka puasa.

Ketika perlawanan Serie A antara Inter Milan dan Fiorentina, Luca Ranieri berpura-pura cedera bagi membolehkan Sofyan Amrabat berbuka puasa

Dalam Ligue 1, keadaan lebih buruk apabila pemain pertahanan Nantes, Jaouen Hadjam digugurkan daripada pasukan kerana enggan mengikuti arahan pengurus, Antoine Kombouare untuk tidak berpuasa pada hari perlawanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN