Malaysia kekal dengan sasaran layak ke final Sukan SEA

Malaysia kekal dengan sasaran layak ke final Sukan SEA

HAMIDIN Mohd. Amin (tengah) ketika ditemui dalam majlis berbuka puasa FAM semalam. - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biarpun diundi dalam ‘kumpulan maut’ bersama Thailand dan Vietnam, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kekal dengan sasaran mahu skuad bawah 22 tahun (B-22) negara kendalian E- Elavarasan melayakkan diri ke perlawanan akhir Sukan SEA di Kemboja, bulan depan.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin juga menganggap undian yang diterima adalah yang terbaik buat pasukan negara  walaupun ramai yang mengatakan laluan sukan akan dihadapi dalam saingan Kumpulan B.

Dalam undian yang berlangsung pada Rabu lalu menyaksikan skuad B-22 negara berada dalam kumpulan bersama juara bertahan Vietnam dan pemenang terbanyak pingat emas Sukan SEA, Thailand selain Singapura serta Laos.

“Undian Sukan SEA Kemboja ini ramai orang kata kumpulan maut, sebenarnya tidak. Semalam saya ada mesyuarat dengan ketua jurulatih, Elavarasan dan saya berkata ini adalah undian terbaik.

“Biar kita bertemu pasukan kuat awal supaya kita akan mara ke separuh akhir dan akhir dengan lebih cepat. Jadi saya sudah tanamkan pada pemain dan Elavarasan dengan berkata ‘kita jumpa Thailand dan Vietnam awal lagi senang kita nak buat’,” katanya.

Menurut Hamidin, situasi yang berlaku kali ini adalah sama seperti yang berlaku pada Sukan SEA 2011 yang mana ketika itu beliau merupakan pengurus pasukan dengan Datuk Ong Kim Swee merupakan ketua jurulatih.

“Ketika itu, skuad negara turut diundi dalam kumpulan ‘maut’ tetapi, mereka mampu buktikan dan akhirnya berjaya merangkul pingat emas pada edisi 2011,” katanya.

Dalam pada itu, Hamidin berkata, dalam kejohanan yang menggunakan format karnival tumpuan penuh harus diberikan supaya pemain memberikan komitmen yang tinggi sepanjang kejohanan termasuk mengurangkan kecederaan pemain.

“Jadi, sasaran kita tetap mahu layak ke perlawanan akhir Sukan SEA Kemboja. Tidak ada kurang,” katanya.

Skuad negara dalam misi penting pada Sukan SEA edisi kali ini iaitu untuk cuba menamatkan kemarau pingat emas dalam acara bola sepak selepas kali terakhir berjaya melakukannya kira-kira 12 tahun yang lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya