Kontrak Mane tidak akan ditamatkan

Kontrak Mane tidak akan ditamatkan

SADIO Mane menumbuk Leroy Sane selepas Bayern Munich kalah 3-0 kepada Manchester City.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNICH: Kontrak Sadio Mane bersama Bayern Munich tidak akan ditamatkan awal seperti digembar-gemburkan biarpun bintang Senegal itu digantung sementara dan didenda gara-gara menumbuk muka rakan sepasukan, Leroy Sane.

Mane dan Sane terbabit dalam pergaduhan selepas Bayern kalah 3-0 kepada Manchester City pada suku akhir pertama Liga Juara-Juara di Etihad, Rabu lalu.

Bermula dengan bertikam lidah di padang, kedua-dua pemain menyambung pergaduhan dalam bilik persalinan sebelum Mane menumbuk Sane hingga bibirnya berdarah.

Ketua Pegawai Eksekutif kelab, Oliver Kahn dan Pengarah Sukan, Hasan Salihamidzic telah memanggil Mane sebelum mengesahkan pemain itu tidak disenarai dalam skuad yang akan menentang 1899 Hoffenheim hari ini.

Kedudukan Mane yang memohon maaf kepada Sane selepas insiden itu masih selamat dan kontraknya kekal sehingga 2025.

Menurut media Jerman, Mane, Sane dan kelab meng­anggap isu tersebut sudah selesai, namun Mane tetap perlu membayar denda.

Sementara itu, emosi Mane ketika pergaduhan berlaku dikatakan tidak stabil kerana sedang bersedih dengan kematian ibu saudaranya.

Mane, 31, mempunyai ­sikap melindungi keluarga yang tinggi selepas kematian bapa pada usia 11 tahun.

Ibu saudara Mane telah membantu ibunya membesarkan adik-beradik mereka kerana kemiskinan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya