Kes serangan seksual tidak rencatkan sasaran emas Sukan SEA

Kes gangguan seksual tidak rencatkan sasaran emas di Sukan SEA

Naib Presiden PKBM, Datuk Amarjit Singh yang ditemui selepas Mesyuarat JKK Khas di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) percaya skuad berbasikal bukit (MTB) negara mampu untuk kembali fokus dalam usaha mereka untuk mempertahankan pingat emas menjelang Sukan SEA Kemboja 5 hingga 17 Mei depan.

Naib Presiden PKBM, Datuk Amarjit Singh yang ditemui selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Khas bersama Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail sebentar tadi menjelaskan pihaknya sudah pun mendapatkan jurulatih Kedah, Nor Alfizar Othman untuk melatih pasukan sedia ada.

Perkhabaran lebih baik, kesemua pelumba MTB negara, termasuk mangsa kes ini telah kembali melaporkan diri di Kompleks Sukan MSN Nilai, Negeri Sembilan untuk latihan pusat hari ini.

Sementara itu, jurulatih yang dituduh melakukan kesalahan tersebut kini digantung tugas dan diketepikan dari mengendalikan sebarang pasukan berbasikal, dan kesnya sedang disiasat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Misi kami adalah untuk atlet kami dapat beraksi dengan baik, dan mereka dapat meraih pingat emas dalam acara MTB.

“Ini adalah apa yang kami beritahu kepada pihak MSN, dan kami di PKBM, kami serahkan kepada agensi kerajaan (PDRM) membuat siasatan mereka, dan selepas Sukan SEA berakhir, bila semua atlet kembali, Jawatankuasa disiplin kami pula bakal melakukan siasatan,” jelas Amarjit.

Dalam masa yang sama, pengurus MTB negara, Mohd Saiful Abdul Jalil mengakui bakal wujud rombakan kecil dalam program latihan sedia ada, namun ia tidak akan menjadi masalah buat barisan pelumba negara.

“Program latihan buat pelumba mungkin akan ada perubahan sedikit dengan kehadiran Alfizar sebagai jurulatih sementara. Namun, sasaran kita tetap sama untuk memenangi satu emas dan saya percaya pelumba negara menyesuaikan diri dengan kehadiran Alfizar memandangkan dia adalah jurulatih terbaik yang kita ada sekarang ini,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya