Kedah Darul Aman FC

Kedah tempang jumpa JDT

KETUA Pegawai Eksekutif SAB Global (M) Sdn. Bhd., Datuk V. Harikrishnan (dua kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Khamal Idris Ali (tiga kiri) menyampaikan sumbangan peralatan muzik kepada Kelab Penyokong KDA FC dalam majlis iftar di Fantasia Aqua Park, Jitra. – UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Sudahlah bakal berdepan pasukan terkuat Liga Super, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) terpaksa menghadap Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim esok tanpa kekuatan penuh apabila hilang dua tonggak pertahanan, Ariff Farhan Md. Isa serta Wan Amirul Afiq Wan Ab. Rahman.

Ariff yang yang sentiasa mengisi posisi pertahanan kiri KDA setakat ini sudah mengutip tiga kad kuning, manakala Wan Amirul Afiq pula dilayangkan kad merah dalam pertemuan menentang Penang FC di Stadium Darul Aman, Rabu lalu.

Namun Ketua Jurulatih KDA, Nafuzi Zain tidak melihat perkara itu sebagai satu masalah besar yang perlu diratapi menjelang pertemuan penuh mencabar di selatan tanah air.

“Bagi saya tak ada masalah kerana kita masih memiliki pemain-pemain lain yang mampu menampung ketiadaan mereka. Sampai bila kita nak bergantung kepada dua pemain ini saja dan ini mungkin peluang rakan-rakan mereka membuktikan kemampuan masing-masing.

“Sebagai seorang pemain, siapa yang tak mahu bertemu pasukan hebat seperti JDT. Bertemu pasukan sekuat JDT tentunya menambah semangat pemain.

“Maka saya yakin walau siapa pun diturunkan akan mampu menggalas tugas itu. Ini boleh jadi peluang yang amat dinanti-nantikan oleh pemain-pemain lain bagi menampilkan kebolehan serta kemampuan mereka,” katanya ketika ditemui pada Majlis Ramah Mesra dan Iftar KDA FC di Fantasia Aqua Park, semalam.

ARIFF Farhan Md Isa (kiri) tidak dapat diturunkan bertemu JDT.

Sementara itu, Nafuzi berkata, Sang Kenari bakal hadir ke SSI dengan matlamat untuk meraih keputusan positif.

“Tiada siapa boleh nafikan kita akan bertemu pasukan yang sangat bagus. Sebagai ‘underdog’ kami akan beri saingan terbaik dan mengharapkan keputusan positif.

“Setakat ini saya sudah ada bayangan mengenai kesebelasan utama yang akan diturunkan. Saya pun dah banyak kali bertemu JDT, jadi saya ada ‘game plan’ sendiri untuk berhadapan mereka,” katanya.

Tambahnya dalam apa jua keadaan, beliau lebih mementingkan keputusan pada akhir perlawanan daripada lain-lain perkara.

“Seperti saya katakan, kami mahu dapatkan keputusan positif dan ingin memberikan yang terbaik. Kami akan cuba bermain dengan cara sendiri serta menampilkan aksi yang menarik untuk ditonton.

“Keputusan diraih JDT dalam perlawanan-perlawanan sebelum ini diharap memotivasikan pemain kami untuk lebih bersedia selain sedar betapa mereka perlu fokus pada setiap saat di sepanjang 90 minit permainan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya