Kalamullah tak sanggup jadi ‘lauk’

Kalamullah tak sanggup jadi ‘lauk’

KALAMULLAH Al-Hafiz Mat Rowi (kanan) berdepan penyerang JDT, Akhyar Rashid ketika menjadi penjaga gol Petaling Jaya City dalam aksi Liga Super di Petaling Jaya pada 26 Oktober tahun lalu. – MINGGUAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Gawang Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi pernah dirobek Johor Darul Ta’zim (JDT) empat kali ketika pasukannya ketika itu, Petaling Jaya City (PJ City) dibenam 0-4 di laman sendiri pada 26 Oktober tahun lalu.

Dalam beberapa perlawanan lalu, dia turut melihat Harimau Selatan membaham pasukan yang dianggap pencabar terkuat Liga Super musim ini seperti Selangor, Sabah serta Negeri Sembilan menerusi jaringan besar.

Melihat apa yang berlaku, penjaga gol kelahiran Kelantan itu melakukan persiapan terbaik bagi memastikan gawang Kedah Darul Aman (KDA) FC tidak menerima nasib sama apabila Sang Kenari bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI) untuk berdepan JDT malam ini.

Kalamullah menegaskan, semua pemain terutama benteng pertahanan akan bekerja keras bagi merantai pergerakan bintang-bintang Harimau Selatan yang sudah meledak 30 gol dalam tujuh perlawanan pertama musim ini.

PEMAIN Kedah tiba di Johor semalam.

“Kalau dilihat rekod JDT dalam tujuh perlawanan setakat ini, rata-ratanya dimenangi empat jaringan ke atas.

“Kalau fikirkan perkara itu, ia sangat mengganggu mana-mana pemain yang akan menentang mereka. Itu jelas menunjukkan kualiti pemain dimiliki JDT.

“Jadi kami kena fokus sepanjang 90 minit dan baiki kelemahan sebelum ini.

“Bermain di SSI, suasana sentiasa berbeza tapi saya bersama barisan pertahanan bersedia bekerja keras menghalang asakan mereka,” katanya.

Bermula dengan membelasah Negeri Sembilan 7-0, JDT tidak memiliki belas kasihan apabila membenam Kelantan FC 5-1, Selangor 4-0, Sabah 4-0 dan yang terakhir Perak 5-0.

Pasukan bimbingan Esteban Solari itu juga hanya bolos sekali daripada tujuh perlawanan untuk berada di puncak liga, jauh mengatasi jumlah gol dihasilkan Kedah di kedudukan kedua liga yang setakat ini mencetak 13 gol dan lima bolos.

Kalamullah berkata, pengalaman ketika bertemu JDT sebelum ini mengajarnya untuk memberi perhatian kepada kepantasan lawan, termasuk hantaran dan pergerakan bola.

“Saya juga gembira kerana sepanjang tujuh perlawanan sebelum ini, permainan kami kian meningkat. Dalam aksi terakhir bertemu Penang FC pun, saya berpuas hati,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya