Jual United pada harga RM32.84 bilion ‘keterlaluan’

Jual United pada harga RM32.84 bilion ‘keterlaluan’

HARGA RM32.84 bilion yang diletakkan Keluarga Glazers untuk Manchester United dianggap keterlaluan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Harga 6 bilion pound (RM32.84 bilion) yang diminta Keluarga Glazers untuk menjual Manchester United terlalu tinggi jika dibanding de­ngan angka kewangan semasa kelab berkenaan.

Menurut pakar kewangan bola sepak, Kieran Maguire, keputusan suku kedua semalam melaporkan kelab itu hanya mencatat keuntungan 6.3 juta pound (RM34.4 juta) dan menanggung hutang 741 juta pound (RM4.7 bilion).

Ia sekali gus menunjukkan angka yang diminta Glazers tidak bersesuaian dengan perolehan yang menyusut hampir 10 peratus tahun ke tahun, dengan kelab tidak bersaing dalam Liga Juara-Juara musim ini.

United cuba mencari pelaburan atau menjual kelab sepenuhnya dengan kumpulan yang berpangkalan di Qatar, diketuai Sheikh Jassim Hamad al-Thani, selain orang terkaya Britain, Sir Jim Ratcliffe.

Kedua-dua pihak sudah mengemukakan tawaran kedua ming­gu, namun timbul kebimbangan tawaran sekitar 5 bilion pound (RM27.37 bilion) akan gagal.

“Apabila anda melihat wang tunai yang dijana urusan jual beli, ia adalah hampir 6 ­bilion pound (RM32.84 bilion).

“Ogos lalu, pasaran menilai United sekitar 2 bilion pound (RM10.9 bilion). Berpotensi bernilai dua kali ganda tetapi dan anda benar-benar perlu menyilang jari anda untuk membuat penilaian.

“Anda kena lihat jumlah tunai yang mungkin diperoleh dalam tempoh 10 tahun akan datang dan menambah beberapa nombor ajaib. Saya bermurah hati membuat ramalan untuk Uni­ted, dan menghasilkan 2.8 bilion pound (RM15.3 bilion).

“Satu-satunya cara kelab boleh mencecah nilai hampir 6 bilion pound adalah jika anda dapat mengawal hak penyiaran dan menjualnya sendiri.

“Ia seperti Project Big Picture tapi perkara itu tidak akan berlaku,” kata Maguire. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya