IOC selar ancaman boikot Ukraine

IOC selar ancaman boikot Ukraine

JAWATANKUASA Olimpik Antarabangsa tidak gembira dengan keputusan Ukraine mahu memulaukan semua kejohanan kelayakan Olimpik Paris 2024 yang disertai atlet Russia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menyelar Ukraine kerana melarang atlet mereka daripada mengambil bahagian dalam semua acara kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 yang melibatkan Russia.

Kata badan Olimpik dunia itu, keputusan tersebut hanya akan merugikan sukan dan atlet mereka sendiri.

Bulan lalu, Setia­usaha Menteri Kabinet Ukraine, Oleh Nemchinov mengumumkan, kerajaan Ukraine akan memboikot semua acara kelayakan Olimpik 2024 jika ia turut melibatkan penyertaan Russia dan Belarus.

Sejak Mac 2022, atlet Russia dan Belarus dilarang daripada bertanding dalam banyak kejohanan antarabangsa ekoran pencerobohan Russia ke atas Ukraine sejak Februari tahun lalu.

“Jika dikuatkuasakan, ke­putusan tersebut hanya akan merugikan atlet Ukraine dan komuniti sukan mereka.

“Kami membantah keras tindakan itu. Ia tidak memberi kesan kepada perang, dan semua pihak mahu menghentikan perang.

“IOC sentiasa menegaskan bahawa bukan pemerintah yang membuat keputusan mengenai penyertaan atlet dalam pertandingan antarabangsa,” kata IOC dalam satu kenyataan semalam.

Menteri Sukan yang juga Presiden Jawatankuasa Olimpik Ukraine, Vadym ­Hutsait sebelum ini mengarahkan persatuan-persatuan sukan agar mengingkari arahan tersebut.

Nemchinov bagaimanapun memberi amaran mereka yang melanggar arahan akan dikenakan tindakan sekatan perjalanan.
IOC akan membuat keputusan berasingan mengenai penyertaan atlet Russia dan sekutu mereka, Belarus dalam Sukan Olimpik Paris. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN