Haaland resahkan Manchester City

Haaland resahkan Manchester City

ERLING HAALAND
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kedudukan ‘mesin gol’ Manchester City, Erling Haaland untuk diturunkan menentang Liverpool hari ini masih 50-50 setelah dia terlepas sesi latihan sejak dua hari lalu ekoran kecederaan pangkal paha.

Haaland, 22, sebelum ini turut menarik diri daripada skuad Norway dalam kelayakan Kejohanan Eropah (Euro) 2024 menentang Sepanyol dan Georgia, minggu lalu.

Biarpun pengendali City, Pep Guardiola tetap menyenaraikan penyerang yang telah meledak 42 gol pada musim pertamanya di Etihad, namun peluang untuk dia diturunkan berdepan Reds masih samar.

Situasi itu meresahkan City ketika mereka cuba mengejar Arsenal yang mendahului liga dengan lapan mata.

“Anda tidak boleh bermain dua minggu tanpa latihan dan kemudian terus beraksi. Perlu ada kemajuan dahulu sebelum perlawanan.

“City boleh berteka teki mengenai perkara ini tapi jika Erling tidak mendapat latihan yang betul maka dia tidak akan bermain,” kata bapa Haaland, Alfie. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya