Gaji awang import Selangor RM132,000 sebulan?

Gaji awang import Selangor RM132,000 sebulan?

SURAT tawaran kepada pemain import Selangor FC yang tular di media sosial.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebuah laman Facebook dengan nama ‘Harimau Selatan X’ mendedahkan gaji pemain import The Red Giants bagi musim 2023 mencecah sehingga RM132,000 sebulan.

Pendedahan itu disertakan dengan bukti surat tawaran rasmi kepada pemain import berkenaan yang ditandatangani sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon.

Surat tawaran itu mendedahkan butiran lanjut kontrak seperti gaji bulanan RM132,000, yuran tandatangan sebanyak RM132,000 dan juga yuran kepada agensi pada jumlah yang sama.

Selain itu, kontrak terbabit turut menawarkan amaun dipercayai bonus sebanyak RM132,000 jika Selangor FC menjuarai Liga Super, juara Piala Malaysia dan juara Piala FA.

Pemain import berkenaan turut ditawarkan RM1,000 bagi setiap kemenangan, elaun rumah RM2,500 sebulan dan kereta turut disediakan oleh pasukan untuk memudahkan pergerakan.

Dalam butiran surat tawaran itu, turut dinyatakan ialah pasukan akan memberikan satu tiket penerbangan kelas ekonomi buat pemain, isteri dan anak-anak untuk terbang ke Malaysia.

Sebelum ini, pemain kebangsaan, Faisal Abdul Halim menafikan dia menerima gaji sebanyak RM80,000 sebulan seperti yang didakwa di laman Facebook yang sama.

Menerusi hantaran terbabit, Harimau Selatan X membandingkan gaji pemain Faisal yang juga pemain Selangor FC itu dengan gaji pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi.

Hantaran berkenaan mendakwa Faisal menerima gaji sebanyak RM80,000 jauh lebih tinggi berbanding Arif Aiman yang hanya menerima RM25,000 sebulan.

Bagaimanapun, Faisal tampil menafikan dakwaan yang dilemparkan itu kepadanya itu.

“Pandai pandai je hahahahaha 80k saya dah pakai kereta 500k 600k dah,” kata Faisal di ruangan komen laman Harimau Selatan X itu.

Terdahulu, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menempelak ‘suara sumbang’ yang mendakwa kejayaan Harimau Selatan mendominasi Liga Malaysia (Liga M) disebabkan kuasa wang atau gaji lumayan diterima pemainnya.

Katanya, gaji pemain JDT boleh dikategorikan pada tahap kompetitif berbanding pasukan Liga Malaysia (Liga M) termasuk ada yang berbelanja hingga RM2.2 juta setahun hanya untuk seorang pemain import.

Malah, beliau mendedahkan ada tonggak tempatan dibayar sehingga RM80,000 sebulan sedangkan bintang JDT iaitu Arif Aiman hanya menerima gaji RM25,000 sebulan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya