Falcao mampu lonjak nama JDT

Falcao mampu lonjak nama JDT

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersama ejen bola sepak, Morris Pagniello (kanan).-IHSAN HRH Crown Prince of Johor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Status kehadiran pemain antarabangsa, Radamel Falcao ke Johor Darul Ta’zim (JDT) kembali menghangatkan Liga Malaysia selepas pemilik kelab itu, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memuat naik ciapan di Twitter dengan ‘tag’ nama ikon bola sepak itu, kelmarin.

Bulan lalu, Utusan Malaysia melaporkan kenyataan media Sepanyol yang mendakwa kelab gergasi bola sepak Malaysia itu bakal mengambil bekas penyerang Manchester United dan Chelsea tersebut sebagai duta selama dua musim.

Pemerhati bola sepak tempatan, Datuk Richard Scully menyifatkan keputusan yang diambil juara Liga Super sembilan kali berturut-turut itu sangat wajar kerana bersesuaian dengan taraf Falcao yang bukan sahaja ikon dunia malah pengiktirafan kepada JDT untuk meningkatkan standard di peringkat global.

Kata Scully, berbanding negara jiran seperti Kemboja yang telah pun mengambil Keisuke Honda sebagai jurulatih mereka pada 2018, begitu juga dengan Thailand yang pernah mengambil bintang-bintang England sebagai ikon sebelum ini, kini giliran Malaysia pula mengikuti langkah sama.

Tegasnya, pemilihan Falcao sangat baik untuk masa depan JDT terutama dan segi pemasaran, penarikan pelaburan dan perbandingan kedudukan dengan kelab-kelab antarabangsa di Eropah.

“Bagi kelab besar sebesar JDT, memang patut mereka ada ikon yang ada nama besar. Falcao ialah ikon dunia, pernah bermain Piala Dunia, jadi memang wajar JDT mempunyai personaliti terbaik bagi meletakkan penanda aras di pentas global.

“Dengan adanya Falcao, kehadirannya akan mengiktiraf dan menjadi daya penarik kepada pelabur dan pemain untuk merebut tempat di JDT. Sama ada sebagai duta atau ikon, itu tidak menjadi masalah kerana yang penting, Falcao sendiri akan menjadi tarikan kepada kelab.

“Ini juga akan menjadi standard kepada JDT kerana dari segi jurulatih dan pemain, mereka memang sudah mantap. Namun dari segi pengenalan global, ini adalah usaha yang sangat wajar mendapat pujian.

“Bagi saya, sudah sampai masanya kita gunakan pendekatan sebegini kerana saya pun tertarik kalau betul dia akan ke Malaysia, kita semua tumpang bangga dengan pengiktirafan yang dimiliki JDT nanti,” katanya.

Kontrak Falcao bersama kelab Sepanyol, Rayo Vallecano akan berakhir Jun ini dan menurut media negara itu, pemain berusia 37 tahun tersebut mahu mencari cabaran baharu.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya