Damok mula pamer peningkatan di Argentina

Damok mula pamer peningkatan di Argentina

DAMOK sedang dibantu krew pasukannya ketika sesi latihan bebas di Litar Termas de Rio Hondo, Argentina, semalam. - Ihsan ZK Racing
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sejak saingan pembukaan musim, minggu lalu di Portugal, pelumba Moto3 negara, Syarifuddin Azman kelihatan bergelut untuk menyesuaikan dirinya dengan jentera KTM.

Syarifuddin atau lebih mesra dengan panggilan Damok yang tampil buat kali pertama dalam Kejuaraan Motosikal Dunia, bagaimanapun, mula menunjukkan peningkatan pada sesi latihan bebas kedua (FP2) menjelang Grand Prix Argentina pada Ahad.

Walaupun perubahan yang dipamerkan tidaklah terlalu mendadak, anak muda berusia 21 tahun itu masih menunjukkan kemajuan dengan menempatkan dirinya di kedudukan ke-20 menerusi catatan masa sepusingan 1 minit 50.472 saat (s).

Berbanding aksinya di Portugal dan juga sesi pertama yang menyaksikan Damok sekadar di kedudukan ke-24 (1:52.602s), pelumba MT Helmets-Msi itu secara perlahan-lahan meningkatkan kelajuan jenteranya.

Damok dalam kenyataannya selepas sesi bebas kedua berkata, dia akhirnya berjaya keluar daripada belenggu prestasi yang kurang memuaskan hatinya sejak saingan di Portugal lagi.

“Syukur Alhamdulillah, selesai semua sesi latihan bebas saya pada hari ini (tengah malam tadi waktu Malaysia).

“Ini adalah kali pertama saya di litar Argentina ini. Saya amat gembira kerana saya dapat menambah baik catatan masa saya pada FP1 dan FP2,” katanya yang akan berlumba di Litar Termas de Rio Hondo.

Mengulas lanjut mengenai jenteranya, Damok memberitahu, masih banyak lagi yang harus dia pelajari tentang jentera KTM dan semalam, pasukannya telah bekerja keras untuk menyediakan jenteranya.

“Terima kasih kepada pasukan saya dan saya tidak sabar untuk FP3 dan aksi kelayakan, esok (tengah malam ini waktu Malaysia),” ujarnya.

Sesi kelayakan untuk kelas Moto3 akan bermula pukul 11.50 hingga 12.30 malam, hari ini dengan perlumbaan pula bakal berlangsung pukul 10 malam, esok. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya