City akhirnya nyahkan Arsenal dari tangga teratas EPL

City akhirnya nyahkan Arsenal dari tangga teratas EPL

PENGENDALI Manchester City memberi arahan ketika pasukannya menentang Fulham.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Manchester City merampas kedudukan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), dan Erling Haaland menyamai rekod jaringan terbanyak semusim ketika The Citizens menumpaskan Fulham 2-1 di Craven Cottage, sebentar tadi.

Jaringan Haaland menerusi sepakan penalti di minit ketiga dan gol cantik  Julian Alvarez pada minit ke-36 membantu City mengatasi Arsenal dengan satu mata, malah memegang kelebihan satu perlawanan.

Haaland meledak jaringannya yang ke-34 musim ini untuk menyamai rekod Andy Cole dan Alan Shearer untuk gol terbanyak dalam satu musim Liga Perdana.

Ia juga jaringan ke-50 keseluruhan buat Haaland dalam semua perlawanan bersama City, rekod yang luar biasa hanya pada musim pertamanya.

Penyerang Norway itu muncul pemain pertama dalam liga utama Inggeris yang menjaringkan lebih 50 gol dalam satu musim sejak 1931, memecahkan rekod 92 tahun dalam proses itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya