Chelsea sudah banyak berubah - Rudiger

Chelsea sudah banyak berubah – Rudiger

PEMAIN Real Madrid melakukan persiapan akhir di Madrid semalam untuk menghadapi Chelsea dalam suku akhir pertama Liga Juara-Juara esok. – IHSAN REAL MADRID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Bekas pertahanan Chelsea, Antonio Rudiger percaya, Blues kini sudah banyak berubah biarpun tidak sampai setahun dia meninggalkan kelab London itu.

Bek tengah Jerman itu me­nyarung jersi Jerman selama lima tahun sebelum mengambil keputusan menyertai gergasi Sepanyol, Real Madrid musim ini.

Esok, Rudiger akan berdepan bekas pasukannya sekali lagi apabila apabila Real menerima kunjungan Chelsea dalam suku akhir pertama Liga Juara-Juara di Santiago Bernabeu.

Kedua-dua pasukan kemudian akan bertembung dalam ­perlawanan timbal balik di ­London, Rabu depan.

Begitupun kata Rudiger, dia sukar membaca permainan Blues ketika ini kerana pemilik kelab, Todd Boehly telah ber­belanja 600 juta pound (RM3.2 bilion) bagi membawa masuk beberapa muka baharu.

Antonio Rudiger (kanan) berlatih bersama rakan sepasukan.

Pelaburan besar itu bagaima­napun gagal ­menguatkan Chelsea yang bergelut dalam Liga Perdana Inggeris apabila menduduki tangga ke-11.

Begitupun, Real sendiri mengharungi saingan domestik yang suram apabila ketinggalan 12 mata di Belakang pendahulu La Liga, Barcelona.

“Banyak perkara telah berubah sejak saya pergi dan saya sendiri tidak tahu apa yang hendak dijangkakan. Chelsea tidak seperti pasukan yang pernah sertai sebelum ini.

“Saya menjangkakan kualiti, kerana mereka mempunyai pemain yang bagus tetapi saya tidak tahu apa lagi yang kami boleh cari selain elemen itu.

“Bertemu mereka pasti bukan satu perlawanan yang mudah tetapi kami adalah Real Madrid,” jelas Rudiger.

Pemain berusia 30 tahun ini juga menolak prestasinya me­nurun, sebaliknya sudah terbiasa dengan keadaan sebegini biarpun menjalani ibadah puasa sempena Ramadan.

Sementara itu, satu lagi aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara yang berlangsung esok menemukan dua kelab Itali, AC Milan dan Napoli.
Pendahulu Serie A, Napoli dibelasah 4-0 oleh juara Eropah tujuh kali, Milan ketika kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu pada 3 April lalu. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya