Azeem catat kepantasan 10.14 saat di Florida

Azeem catat kepantasan 10.14 saat di Florida

AZEEM Fahmi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada rekod kebangsaan berjaya dipecahkan, namun Muhammad Azeem Fahmi menewaskan juara remaja dunia dan melakukan catatan memberangsangkan 10.14 saat (s) pada penyertaan kedua dalam acara 100 meter (m) sejak tiba di Amerika Syarikat (AS), Januari lalu.

Pelari remaja berusia 19 tahun itu yang mewakili Universiti Auburn menamatkan perlumbaan akhir Kejohanan East Coast Relays di Jacksonville, Florida di tangga keenam.

Catatan itu sekali gus memperbaiki catatannya ketika beraksi dalam acara 100m buat kali pertama di AS  iaitu 10.32s ketika menjuarai Kejohanan Florida State University (FSU) Relays, Mac lalu.

Azeem menewaskan pemenang pingat emas Kejohanan Olahraga Remaja Dunia 2015, Abdul Hakim Sani Brown dari Jepun yang menamatkan saingan di kedudukan ketujuh.

Pelari kelahiran Ipoh, Perak itu dalam Twitternya berkata: “10.14s and we back to work! (10.14s dan kita kembali bekerja!) Alhamdullilah”.

Azeem juga adalah pemegang rekod 100m kebangsaan dengan catatan 10.09s yang dibuat pada Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Cali pada Ogos lalu.

Kejohanan East Coast Relays itu dimenangi oleh Cejhae Greene mewakili Puma dengan 10.01s, diikuti wakil Tumbleweed Track Club, Xie Zhenye (10.06s) dan Dominique Alexander dari Universiti Campell di tempat ketiga (10.11s).

Yan Haibin dari Tumbleweed Track Club di tempat keempat dengan 10.11s dan wakil Virginia Tech Cole Beck di kedudukan kelima (10.14s). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya