Zulkarnain akan disiasat secara menyeluruh

Zulkarnain akan disiasat secara menyeluruh

Zulkarnain Zakaria (tengah) bersama barisan pengadil ketika mengendalikan perlawanan Liga Super antara Sabah FC menentang Penang FC di Stadium Likas, Jumaat lalu. - IHSAN SABAH FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Meskipun tempoh penggantungan pengadil Liga Malaysia (Liga M), Zulkarnain Zakaria belum diputuskan, namun dia mungkin berdepan hukuman lebih berat. 

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan melakukan siasatan secara menyeluruh, termasuk mengenalpasti jika terdapat faktor luar atau kesilapan sendiri yang dilakukan Zulkarnain ketika membuat keputusan perlawanan dalam aksi Sabah menentang Penang FC, Jumaat lalu.

Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, masalah yang membelenggu pengadil adalah subjektif sekali gus menuntut mereka melihat daripada semua aspek sebelum tindakan susulan dikenakan.

“Kita akan lakukan siasatan dengan jawatankuasa penilai akan melihat dan memanggilnya. Selepas itu, ada tindakan susulan.

“Kita tidak boleh sampai menghukum terlalu awal kerana langkah seterusnya akan diambil oleh jawatankuasa pengadil,” kata Hamidin selepas Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM di Wisma FAM hari ini.

Dalam insiden di Stadium Likas, Jumaat lalu Zulkarnain didapati terkilaf memberikan dua sepakan penalti kepada tuan rumah untuk membolehkan mereka menewaskan Penang FC 5-2.

Ketika ditanya sama ada wujud ‘pengaruh luar’ susulan kelemahan mutu pengadilan liga tempatan, Hamidin menegaskan mereka tidak boleh menjatuhkan hukuman kepada pengadil sewenang-wenangnya tanpa siasatan lanjut.

“Kita sentiasa memerhatikan pengadil dan ambil tindakan sewajarnya. Ia subjektif kerana kita tidak tahu kalau hari ini bagus, esok jadi berbeza. Macam kes baru baru ini, kita lihat ada kelemahan membabitkan keputusan yang tak tepat.

“Nak dapatkan 100 peratus (kesempurnaan mutu pengadilan), di Piala Dunia pun tak dapat. Kita kena adil pada pengadil tetapi salah tetap salah. Dua aspek kemungkinan perkara di luar dugaan ataupun prestasi mereka lemah,” katanya.

Kelmarin, Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil FAM yang diketuai Timbalan Presiden badan induk bola sepak itu, Datuk S. Sivasundaram mendapati Zulkarnain terkhilaf dalam membuat keputusan dan menggantungnya daripada mengadili mana-mana perlawanan Liga Malaysia. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya